lagu kesayuan masih bergema.
sayup sayup kedengaran teriakan dan tangisan.
cerita lama.
luka lama.
masih berdarah.
hiba. sendu. sedih. terasa. kecewa. marah. geram. pilu.
berdiri bersendirian melayan perasaan.
tak mampu ditahan lagi.
perak kalah 0-1 dengan negeri sembilan.
mimpikah?
Wednesday, December 26, 2007
Saturday, December 22, 2007
tidak mampu ditahan tahan, akhirnya ia sampai juga. terlalu lama rasanya.
ini cerita kotor. kalau korang tidak biasa dengan cerita kotor, korang boleh berhenti membaca.Ini cerita yang memualkan dan bisa membuatkan korang terbayang bayang dan mempunyai perasaan yang tidak senang untuk beberapa ketika.
dan cerita kotor yang aku mahu tuliskan adalah kisah yang benar. kisah yang terjadi belasan tahun dulu. cerita yang tepat cuma ditambah tambah sedikit bagi menyedapkan cerita.
okeh, cukup bebelan yang tidak mesra. masuk babak pertama.
1.
waktu sekolah sudah hampir tamat. dalam kelas satu putih (srk sri kinta ipoh tahun 1990) pelajar sedang belajar subjek matematik. seorang budak tidak senang duduk. sakit perut mahu berak. ditahan tahan. takut bertanya pada cikgu. (takut untuk keluar kelas/mungkin juga merasakan perutnya kuat untuk menahan tujahan tahi). sudah tidak tahan lagi!
"cikgu, saya nak pergi tandas."
meluru keluar.
2.
agak jauh dari tandas. brot. tahi sudah terkeluar. nasib baik bukan yang cair. tapi, banyak ketulan.
3.
kembali ke kelas dengan tahi berselepat dalam seluar. buat buat tidak perasan apa apa. kawan kawan pun senyap. cikgu tamatkan kelas dan boleh pulang. (lega?)
4.
menaiki bas mahu pulang ke rumah. budak budak di sekeliling bising mengatakan ada bau tahi yang amat kuat. masing masing tidak tahu dari mana datangnya bau tahi yang maha hebat. budak dengan tahi juga tidak berkata apa. budak dengan tahi cuma sabar dan berharap rahsia tidak terbongkar.
5.
meluru keluar dari bas. balik ke rumah dan membersihkan diri.
tamat satu perjalanan hidup. tamat satu kisah benar. tamat satu penyeksaan dan penantian.
kenapa aku tuliskan semua ni? kenapa aku bongkar segala khazanah lama? kenapa aku seperti mencalit arang ke muka? kenapa? sebab aku rasa kita semua ada kisah yang menarik yang kita takkan lupa. dan aku pasti mungkin ada yang alami kisah yang serupa. dan aku rasa, itu cuma secebis dari kisah penyeksaan yang wujud dalam dunia ini. kisah penyeksaan yang terlalu kecil dibandingkan dengan kisah penyeksaan yang bertaburan di dunia ni setelah aku menjadi besar.
Bagi aku, zaman kanak kanak itu indah. Begitu bukankah?

Wednesday, December 19, 2007
sesekali teringat.
zaman kanak kanak aku seperti baru habis semalam. aku sudah tidak boleh meminta minta sepertimana aku pernah meminta minta satu ketika dulu.
berjalan di pasar malam
"mak.....belikan lemang. lemang jagung"
berjalan di kedai
"ayah....belikan buku ni. belikan permainan ni"
dan merengek bila tidak dibelikan.
dan zaman itu sudah tiada. bukan lagi zaman untuk aku meminta tapi sudah zaman memberi. dan tidak memberi sesuatu adalah satu kepelikan bagi aku.
zaman kanak kanak aku seperti baru habis semalam. semalam aku pulang lewat ke rumah. pukul 9 setengah malam dan aku teringat sewaktu dulu.
lampu jalan mula terpasang menandakan sudah pukul 7 malam. dan aku boleh membayangkan pintu pagar telah pun dikunci.
menangis meminta simpati mak agar pintu pagar dibuka. menangis memanggil manggil mak supaya aku dibenarkan masuk ke rumah. menangis sehingga jiran tumpang simpati.
selepas dibesit sekali dan dibebel, menangis lagi.
zaman kanak kanak aku seperti baru habis semalam. wrestling sebagai satu hiburan yang amat dikagumkan sudah jadi hiburan yang sudah tidak menghiburkan.
Undertaker yang sudah tiada lagi abu mayatnya. tiada lagi lelaki kulit hitam dengan burung kakak tuanya. tiada lagi iron sheikh. tiada lagi lelaki dengan ular sawa. lelaki berambut elvis dengan gitarnya. si giant. taktik taktik jahat yang mengagumkan. kemenangan yang melegakan. tiada lagi perasaan itu. dan aku minat tito santana.
huh! perasaan itu hilang.
terlalu banyak lagi yang aku boleh diletakkan. tapi, aku juga mula sedar, zaman kanak kanak aku seperti baru habis semalam tatkala mak aku tak perlu lagi menjemur tilam akibat kanak kanak yang menghidap penyakit-tidak-mampu-bangun-untuk-ke-tandas-pada-waktu-malam-akibat-terlalu-lena-tidur.
hehe.

Tuesday, December 18, 2007
Monday, December 17, 2007
malaysia
aku tak sukakan penulisan ke sweden aku sebelum ni. terlalu peribadi dan terlalu naif. terlalu mudah pembacaannya dan bagi aku, tak mempunyai nilai artistik yang mampu melayakkan aku memenangi anugerah nobel sepertimana seorang wanita tua yang memenanginya bagi tahun ni. mahu saja aku padamkan penulisan tu tapi disebabkan aku memerlukan sedikit pengalaman dan sejarah yang mengingatkan aku tentang penjelajahan ke nagara sweden itu, jadi, aku biarkan saja. aku mahu cerita soal baru.
soal perkauman. aku tidak suka sebenarnya dengan topik berat macam ni. terlalu berat bagi aku dan pembaca blog yang lebih sukakan aktiviti aktiviti ringan.
tapi, sebagai memenuhi tuntutan nafsu dan perasaan aku, aku nak tuliskan jugak sedikit sebanyak berkenaan sms dan email yang aku terima.
sekumpulan manusia yang bodoh sedang risaukan tindakan dan aktiviti sekumpulan manusia yang bodoh yang lain. terus terang aku katakan sepajang 24 tahun aku hidup, dengan senang lenang aku belajar di sekolah campuran ketika di sekolah rendah, berkomunikasi dalam satu bahasa dengan Chang Chin Mun dan S. Dinesh (yang kabar anginnya mengatakan dia sudah memeluk Islam), aku terasa negara ni boleh hidup tenang. tapi, ada juga sekumpulan yang bodoh yang asyik dengan kaumnya sendiri.
tak habis habis dengan modal "tidak akan maju suatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya."
bosan.
+
sungguh gemilang negeriku
yang ku puja oh tanah airku
di merata tempat
harum semerbak namamu oh negeriku
tanah pusaka bertuah
ramai penduduk di dalamnya
berbudi dan berbahasa
hingga terkenal di dunia
musuh melanggar ku gempur
sungguh rela ku gugur kerana
kau tanah airku
biar putih tulang
jangan putih mata
lagu ni aku selalu nyanyikan waktu di sekolah menengah dulu dengn sedikit perubahan pada liriknya. dan dengan semangat yang berbeza.
++
oh, aku belum daftar mengundi lagi.

Saturday, December 8, 2007
kisah pengembaraan sweden 2
aku tak berapa suka menulis kisah peribadi. tapi, disebabkan ini pengalaman pertama aku ke negara luar, jadi aku cuba coretkan sedikit sebanyak pengalaman tu. so, korang boleh komen kalau tak berapa suka dengan penulisan berkepentingan sendiri ni.
tadi siang aku dan budak budak ke nobel museum. menunggu setengah jam di luar pintu dalam hujan yang sejuk. tapi, sebenarnya, ada pegawai museum yang tengah menanti dekat dalam dan membiarkan kiterang dekat luar. (sape suruh tak bertanya...kekekek).
kemudian, bawa budak2 dengar ceramah. lecture pasal bende yang aku dan budak budak tak paham. aku yang ade asas sket2 dalam sains ni pun susah nak catch up, budak budak lagi la. muka semua ngantuk je....
petang, aku ada makan2 dengan orang putih. wain merah dengan wain putih bersepah atas meja. tapi, disebabkan aku ni orang islam, takde la aku sentuh benda tu. tapi, aku try bau, pergh....sangat pekat...kekekeke...(bau je, tak minum ok)
esok ada lagi pengembaraan aku....lenkali aku tulis.
yang penting, aku just nak kongsi beberapa bende. sepanjang dekat sini, aku tengok banyak sangat sistem yang bagus yang tak di apply dekat malaysia. terutama dari segi sistem pengangkutan la. pengangkutan awam dekat sini tersangatlah effisyen. one day, kalau aku boleh bawak korang ke sini, korang boleh tengok sindiri.
lepas tu, orang orang die, semua sangat ramah dan sangat membantu. aku boleh jumpa jalan dengan mudah kalau bertanya. dan aku rasa, bandar stockholm ni aku dah boleh cover la. cuma mungkin aku tak masuk ceruk belakang rumah je lagi.
dan banyak lagi benda bagus yang aku suka dekat sini. but as always
hujan emas di negeri orang
hujan batu negeri sendiri
aku rindukan malaysia sebenarnya. tapi, aku juga suka berada di sini....
huh! penulisan yang membosankan. tahi!

Thursday, December 6, 2007
kisah pengembaran sweden 1
9:20 pagi waktu sweden....
selamat pagi semua walaupun aku tahu dekat sana adalah 4 20 petang....
semalam adalah hari yang memenatkan. dengan penerbangan 14 jam. makan di airport. dan akhirnya aku dan grup ni dah sampai di acapulco hotell. very nice place kalau aku nak cakap. boleh rekomen kat korang. walaupun bukan hotel besar, tapi sangat menarik. anyway, aku sebenarnya nak tulis panjang tapi pagi ni nak pergi melawat national museum yang aku sendiri tak tau nak pegi macam mana. aku dah tanya pada orang kat kaunter hotel, die ada ajar ajar sket. harap, sampai la....
heheheh...kalau susah, aku naik teksi je...kekekekeke.....
anyway, aku sedang menikmati percutian sekarang ni. can't wait to bring my love one here. sweden is a very interesting, nice place.
malaysia? malaysia tetap di hati.
aku nak tulis panjang2, tapi nanti petang la.....bye semua!

Tuesday, December 4, 2007
dari celah awan, aku melihat kelompok manusia yang bergembira
cerita satu
abang aku bercerita pasal kenduri kawin, aku pun nak bercerita yang sama....tapi, dari pandangan aku....
kenduri kawin adalah satu majlis yang meriah. seharusnya begitulah sebab kahwin tu adalah sesuatu yang menggembirakan. jadi, untuk para tetamu, mestilah datang dengan kegembiraan. belum ada lagi sejarah dalam hidup aku melihat orang datang ke majlis kawin dengan air mata berjujuran. (selain s.jibeng dengan lagu inai di jari)
jadi, apabila tetamu yang gembira, sang pengantin lebih lebih lagi lah. sebab itu adalah hari yang istimewa. mungkin sang pengantin pun ada kisah kisah silam yang tak menggembirakan, tetapi, hari kawin, mesti pengantin gembira. belum ada lagi sejarah dalam hidup aku melihat pengantin menangis sewaktu bersanding, makan nasik beradab, atau semua aktiviti yang melibatkan pengantin. (oh, aktiviti yang aku maksudkan adalah ketika majlis, bukan di luar waktu)
ibu bapak pengantin pun turut sama gembira. tambah lagi apabila diberikan salam berisi. dan belum ada lagi sejarah dalam hidup aku melihat ibu bapa pengantin yang menangis sewaktu majlis kawin. menangis kegembiraan pun aku tak pernah lihat lagi. (melainkan nenek kepada norman hakim dalam cerita madam zaza @ wali yang sedih sebab diketepikan.)
kenduri kawin mungkin jadi tak meriah kalau beberapa sebab atau kepada beberapa golongan,
- tiba tiba sang pengantin lelaki menghantar sms untuk membatalkan majlis (kisah pemain bola sepak malaysia)
- sang kekasih lama yang melihat pasangannya bersanding di atas pelamin
- pengantin lelaki yang meminjam ah long untuk berkahwin tetapi tahu dia takkan mampu bayar
- majlis kawin yang disantau atau dicemarkan oleg degawan
- tiba tiba sang pengantin lelaki diserang bini tua
- pengantin pengsan akibat darah gemuruh
- banjir yang mengakibatkan kenduri terpaksa dibatalkan. tetamu pun tak dapat datang.
dan pelbagai lagi. jadi, kahwin seharusnya meriah melainkan diganggu oleh perasaan dan keadaan yang tak menarik.
maaf ya! ini posting yang kurang bermutu bagi aku.
cerita dua
aku akan ke sweden malam ni. jumpa lagi malaysia 14 disember nanti.

sudah rasmi....aku di rumah baru
semalam aku katakan, tayar lori meletup, tapi, selepas berhempas pulas mengangkut barang barang sendiri ke dalam myvi, semua barang dah selamat dibawa ke rumah baru....
tapi, sebelum bermula, biar aku baca bismillah dan buat sedikit doa selamat. biasalah, orang melayu, sebelum masuk rumah baru, mesti ada 'baca-baca' atau 'hembus-hembus' sket....
fuh...fuh....ptuihhh....
okeh...insya allah selamat....
mula dari yang asas. mesti ada undang undang. jadi, ni antara undang undang yang biasa diaplikasikan oleh mak aku. dan aku nak aplikasikan jugak di dalam ni:
1. jangan mencarut. kalau tak nanti aku lempang. seperti mana mak aku telah melempang aku satu ketika dulu. jadi, tiada kata kata kesat. (tahi, kentut, haram, dan beberapa perkataan yang aku fikirkan boleh, dibenarkan)
2. balik rumah sebelum pukul 7. sebelum lampu jalan dipasang. kalau tak, pintu pagar akan dikunci. dan kau boleh tidur di luar rumah. (atau menangis di luar pagar sampai aku buka pintu)
3. makan bersama sama. ni harus dijadikan kebiasaan. tidak kira makan malam atau tengah hari atau pagi. harus duduk bersama, sembang bersama, gurau bersama ketika makan.
ada banyak lagi yang aku boleh fikirkan. tapi, aku tak mahu terlalu memikirkan undang undang sehingga pemikiran aku tersekat dan sesak. jadi, aku mahu mulakan dari sekarang.
selamat membaca!

Subscribe to:
Posts (Atom)