Monday, June 23, 2008

17 jun lepas dan 3 november nanti

ini cerita 17 jun yang lepas. ini cerita peribadi. ini cerita aku dan onim. tiada kaitan dengan korang pun. cuma, kalau korang rajin, boleh ambil cerita ni sebagai pengalaman dan pengajaran.

satu hari penuh aku travel dari sungai petani ke kuala lumpur. (untuk NH: aku travel dengan seorang doktor. huhuhu..cuma dia tak pakai 'coat' dan stetoskop je. hehehe...)

18 jun, onim ada interview dekat hospital serdang. jadi, dia ikut aku balik kuala lumpur naik myvi. perjalanan bermula pukul 10 pagi. lepas siap2, salam mama ayah, aku dan onim mulakan perjalanan. memandangkan aku cuti, jadi kiterang plan nak berjalan jalan. lagipun, bukan nak rush sangat sampai kl.

jadi, sembang punya sembang, sampai simpang ke tol taiping (U), kami keluar. ho yeh! singgah zoo taiping. aku tak ingat bila kali akhir ke zoo taiping. tapi, zoo taiping memang murah. cuma lima ringgit dan boleh kata berbaloi la. tak lama sangat dekat zoo sebab lepas tu nak pergi makan dengan sorang lagi doktor dekat hospital taiping. (untuk NH: aku keluar dengan dua doktor sekaligus. amacam?)

lepas makan makan, kiterang pun tinggalkan erol (kawan onim) dan teruskan perjalanan ke kuala lumpur. sembang sembang lagi dalam kereta. dan akhirnya, sampai di persimpangan tapah (maaf ya mak! sampai ipoh, tak singgah pun, lenkali ye?heheheh), kami keluar di tapah. sebabnya? sebab kiterang nak singgah mandi air terjun dekat lata kinjang.

dari simpang tol ke lata kinjang lebih kurang 20 km. tak jauh sangat. walaupun aku tak ingat sangat jalan ke situ, tapi akhirnya sampai jugak. berbekalkan 2 ketul ayam goreng, beberapa cucuk fishball dan burger, kiterang ala ala berkelah di lata kinjang. seronok dapat mandi air sungai waktu panas panas tu. puas hati la. orang pun tak la ramai sangat. ye la kan, hari kerja. kiterang je tak kerja.

lepas mandi, badan dah letih, terus ke kuala lumpur. tak singgah mana mana dah. malam pulak, makan dekat rosdet. puas hati makan tomyam dia. (rosdet sebelah kl international. dekat dengan kampung baru)

dan seharian tu memang memenatkan tapi berbaloi sebab akhirnya dapat penuhi satu hari dengan aktiviti yang dah jarang sangat aku buat sama sama ngan onim. bila lagila nak jalan jalan macam ni.

oh, aku lupa. 17 jun tu birthday onim. so, tu kira hadiah la. korang semua, kalau nak bagi hadiah, tak semestinya bagi dalam bentuk barang, bagi dalam bentuk jalan jalan pun lebih menarik. aaaaa...birthday aku 3 november. dan lagi, aku rindukan sweden.

senyum...senyum....

1 komen:

NoktahHitam said...

oh 2 orang doctor sekaligus? Paling kuat pon aku lepak dgn 7 orang model GAP. nothing compared to seorang doctor. Hehehe.

Zoo Taiping, aku pergi pon tak pernah, inikan pule nak tau jalan ke sane.

kalau ko 3-11, aku 9-11. Sile igt.