hari kamis.
pekeliling kerajaan. kakitangan awam wajib berbatik ke pejabat. melainkan sebab sebab tertentu.
aku cuba cari sebab sebab tertentu yang mengenai aku.
tiada.
"man, pinjam baju batik kau"
pinjam lagi. lain kali, aku mahu pakai yang sendiri.
p/s: oh, aku nampak geli dengan berbatik. lagak orang tua.
Thursday, January 31, 2008
Wednesday, January 30, 2008
stesen main 2
seminggu tidur awal. kepenatan dengan kerja. lepas masak makan malam. baring depan tv. terjaga pukul 3 pagi. bangun masuk bilik. tidur. bangun untuk kerja.
aktiviti aku bila pulang ke rumah sudah terlalu terhad.
kawan gemuk tidak membantu menghilangkan kebosanan aku.
kawan gemuk sibuk dengan gambar gambar kereta yang diingininya.
untuk hilangkan bosan,
"oit, jom beli ps2"
errrkkkk...kenyang....

Monday, January 28, 2008
planet planet tidak berorbitkan aku. mengapa?
ini entri untuk diri sendiri. kamu tiada kena mengena. tapi, kamu dibenarkan baca. huhuhu...dan bermulalah.....
hati sunyi
burung sepi
awan gelap
rintik perlahan
guruh dentum
angin diam
matahari redup
bulan sembunyi
planet berhenti
gunung berapi
dan yang sebenarnya
hati sunyi
burung bernyanyi
awan cerah
hujan tiada
guruh tiada
angin sepui
matahari sinar
bulan terang
planet berputar
gunung diam
(sekembalinya aku dari perjalanan yang menghiburkan)

Monday, January 21, 2008
memasak bukan satu kegemaran aku
aku tidak gemar memasak. tapi, di saat sata getir, aku perlu memasak. jika tidak, aku akan terus lapar dan mencari cari makanan. aku jemu untuk makan di kedai luar. tapi, aku juga tidak punya semangat untuk memasak. hasilnya, jika aku malas melakukakn kedua dua perkara, perut aku akan terus berbunyi dan meminta minta untuk diisi.
dan keadaann ini yang aku lalui sepanjang sabtu dan ahad.
malas mahu beli makanan. (rumah aku tingkat empat, aku akan habiskan banyak kalori untuk naik dan turun tangga sahaja. aku juga akan menyebarkan pencemaran melalui asap motor kalau aku ke kedai makan)
malas mahu memasak. (sebab aku harus memotong segala jenis makanan untuk persiapan memasak. aku perlukan masa untuk melakukan aktiviti yang lain)
selepas berhempas pulas memikirkan tindakan yang sepatutnya, aku ambil keputusan untuk memasak. tambahan, aku sedang berada di hujung hujung bulan. hujung hujung bulan adalah waktu kekurangan wang. kekurangan wang bermaksud aku harus menjimatkan wang. jadi, aku harus memasak untuk mengelakkan wang aku disalurkan pada si tukang masak di kedai makan.
jadi, menu aku sepnajng dua hari adalah ayam masak kicap, udang masak merah. tapi, aku lebih gemar memanggilnya resepi istimewa sebab udang yang aku masak, lain macam sedap rasanya, sayur camput, telur mata kerbau dan nasi putih.
terer kan aku masak? <------- sebenarnya ini motif sebenar penulisan ni. sila puji sket je. nanti aku riak.

Thursday, January 17, 2008
maafkan aku tuhan. aku salah tunjukkan jalan.
semalam aku balik lewat dari pejabat. saja duduk diam diam di pejabat. malas mahu pulang sebab ASTRO di rumah aku masih belum ok. lepas semayang maghrib, aku keluar dari ofis. (waktu pulang adalah 5 setengah petang)
sampai di lampu isyarat depan KLCC, aku berhenti (jangan lupa, aku adalah seorang pembawa motor). sebuah motor berhenti di sebelah lalu bertanya arah.
mamat motor dengan awek comel di belakang: bang, tumpang tanya, Orange dekat mana ek?
aku cuba berfikir, dan kalau tak salah aku, Orange yang dimaksudkan adalah sebuah kelab malam. lantas, aku memberikan jawapan.
aku yang berdosa (maafkan aku tuhan): Orange? tak tau la. gi kelab lain la.
spontan aku menjawab sambil mencadangkan mamat motor dengan awek comel di belakang untuk ke kelab lain.
lampu hijau. aku tinggalkan mereka.
oh tuhan, andai malam tadi mereka ke kelab lain (dan aktiviti mereka yang selanjutnya yang tak terbayang oleh aku), ampunkan aku!
maafkan aku tuhan!

Monday, January 14, 2008
perlahan lahan ia menjadi tumpul. berikan aku pengasah pensel yang lebih tajam.
pemerhatian aku tempoh hari gagal. (baca post aku sebelum ni)
jadi, kesimpulan yang boleh ditulis,
otak menjadi semakin sembap. perlukan bahan bacaan lebih baik untuk mengasah minda aku.
ada cadangan buku untuk dibaca?

Wednesday, January 9, 2008
mulakan sesuatu!
aku kurang membuat pemerhatian sejak kebelakangan ni. diri sendiri kurang pasti dengan apa yang ada di sekeliling aku. kalau aku mahu cuba list kan semua benda yang ada di dalam bilik aku sekarang ni, pasti aku gagal. dan aku yakin, aku cuma mampu menulis yang umum sahaja.
hasilnya, otak aku cuma mampu mengingati perkara perkara yang mudah. otak aku tidak lagi berfikir cergas seperti yang pernah aku lalui ketika awal2 kelahiran dulu. mari aku cuba sendiri.
1. cuba senaraikan semua benda yang mampu diingati yang ada di dalam almari baju anda?
1. baju (seperti aku katakan tadi, cuma yang umu. tidak dinyatakan jenis)
- mungkin aku boleh listkan sdikit. 2 helai baju santa barbara polo aku, baju kemeja beberapa jenis (lihat, cuma umum)
2. seluar (sama umumnya seperti baju)
3. tabung syiling yang tempoh hari aku kira sudah mencecah 57 ringgit. mungkin sekarang sudah lebih 60 ringgit
4. sikat hitam.
5. penyangkut baju pelbagai warna
6. pasport. (yang aku baru buat sebelum ke sweden hari tu)
7. minyak rambut 4 jenis (gatsby, yang hasif beli, yang apit punya dan satu lagi yang kaler clear tu. jenama sume aku tak ingat)
8. perfume (tommy satu, polo black satu dan adidas satu)
9. dan lain lain
dan lain lain bermaksud aku malas dan tak mampu mengingat semua benda. atau mungkin sekali otak aku lebih gemar memikirkan perkara perkara besar di dalam dunia. tapi, aku yakin sangat, kalau otak aku ni di uji dengan soklan soklan sukar berkenaan masalah dunia, aku mungkin tak mampu nak menjawab semuanya. kalau maslaah dalam negara pun aku tak boeh nak list down kan, apetah lagi masalah dunia. hasilnya, ketajaman otak aku semakin tumpul.
jadi, aku kurang membuat pemerhatian. mungkin sifat ingin tahu tu dah berkurang. aku rasa, aku perlu mulakan semula.
untuk permulaan, aku akan perhatikan kasut semua pekerja pejabat pada hari ni. petang nanti aku akan update yang baru.
mari mulakan!

Tuesday, January 8, 2008
9 tahun dan akan bertambah lagi.....
entry ini untuk hazwanim md hashim
jadi,
hazwanim md hashim saja sudah cukup.
jadi,
sekian.
jadi,
hazwanim md hashim saja sudah cukup.
jadi,
sekian.
bulat air kerana pembentung. bulat manusia kerana muafakat (tiada kaitan antara tajuk dan isi)
ikim.fm (cerita nombor satu)
ramai yang tertanya tanya dan membuat spekulasi berkenaan entry aku sebelum ni. tapi, yang pastinya aku bukan mahu bertukar kareer menjadi juruhebah ataupun memasuki peraduan 'cari menantu'.
aku ada perkara lain.
dengar dengarkan kalau ada sesuatu.
asli dan bukan asli (cerita nombor dua)
sesuatu yang menjadi kelemahan kepada aku sebagai seorang pembeli adalah aku tak mampu menilai sesuatu itu samada ia asli ataupun ciplak. ini adalah satu kelemahan aku.
-tolak vcd, kaset,-
aku akan rasa tertipu selepas membeli sesuatu. bagaimana aku boleh mengubah keadaan ni? atau lebih tepat lagi, bagaimana aku boleh mengubah perasaan ni? perasaan yang tidak senang selepas membeli sesuatu.
"betul ke bende ni asli?"
mungkin aku boleh bertanya pada si penjual, bagaimana boleh mebezakan sesuatu. bagaimana untuk tahu yang asli dan bukan. tapi, barangkali, dia juga tidak berkata benar. bagaimana?
baru baru ni, aku beli madu lebah. saja suka suka. kata si penjual, madu tu madu asli. dari pokok tualang. di tengah hutan. was was ada tapi sebab aku mahu mencuba, aku beli. dan sekarang, aku rasa seperti madu itu bukan yang asli. jadi bagaimana?
bagaimana aku tahu madu itu asli atau bukan? kalau aku beli yang lain, bagaimana aku tahu yang lain itu asli ataupun bukan? jadi, mungkin aku perlu jadi seorang pakar madu untuk tahu membezakan sesuatu? atau, bahasa tepatnya, aku perlu lebih berilmu.
oh, aku harus lebih banyak baca buku.

Friday, January 4, 2008
kalau ada rezeki, ada la....
pernah dengar ikim.fm?
dengar dengarkan. ada offer yang aku baru terima. kalau ada pape, aku bagitau.
pernah dengar mencari publisiti?
dengar dengarkan ikim.fm. kalau ada pape, aku bagitau.
pernah dengar suara aku?
pasang telinga.
hehe...malu la nak cerita

Thursday, January 3, 2008
"kalau cari dengan hidung, mana nak jumpa" -kata mak aku.
sebenarnya aku masih tercari cari idea tentang posting aku yang seterusnya. otak aku masih belum mampu bergetar sepenuhnya. seakan akan merajuk dengan hati dan diri sendiri. mungkin ada silap dan salah yang aku lakukan pada otak sehinggakan otak cuba menjauh hati. tapi, aku rasa, bila seseorang mencadangkan agar aku memanaskan otak untuk menjadikan ia lebih berselera dan ranum (ini ayat aku sendiri), aku fikir, mungkin ada benarnya. (lihat komen posting sebelum ini)
lalu, aku terfikir untuk memujuk otak agar otak tidak lagi merajuk hati. dan selepas berfikir secara spontan, mungkin ini beberapa tindakan yang boleh dilakukan.
1. aku harus belikan sesuatu untuk si otak. sekuntum bunga mungkin boleh menceriakan tapi aku lebih sukakan buku. biar otak lebih gembira dengan ilmu ilmu baru. otak mungkin lebih suka.
2. aku juga boleh memujuk otak dengan kata kata manja, pujian pujian yang menggunung. sebaiknya, aku lakukan di waktu pagi ketika otak bangun. mungkin sekali, kata kata ini boleh menceriakan otak dan membuatkan otak lebih paham bahawa aku memahami otak.
3. mungkin juga aku boleh membelai otak dengan lebih kerap. sikat yang aku gunakan selama ini mungkin sudah tidak berguna lagi. harus digantikan dengan sikat baru agar usapan pada kepala lebih memberi kesan pada otak.
4. mungkin juga aku boleh berikan sedikit masa pada otak untuk bersendiri. mungkin otak letih dan perlu berehat. sedangkan aku asyik memaksa otak mengeluarkan idea idea yang di luar jangkauan otak. jadi, otak perlukan masa bersendiri agaknya.
5. dan aku rasa, antara benda yang aku kurang buat sekarang adalah bersenam dan berjalan jalan. benarlah seperti kata kata....
otak yang sihat datang dari badan yang sihat....( ye ke bidalan ni?)
jauh perjalanan, luas pandangan..... maka, perjalanan yang jauh, boleh membuat otak aku lebih aktif.
jadi, perlu bersenam, dan perlu berjalan jalan. ada sesiapa mahu ikut? destinasi berikutnya.....

Wednesday, January 2, 2008
jari yang bergerak. otaknya tidak.
kadang kadang, idea idea yang mengarut tu boleh jadi adalah idea yang hebat. idea idea boleh datang dengan sendiri. dan kadang kadang tercetus bila kite memikirkan sesuatu. dan idea juga boleh datang bila kita dalam keadaan terdesak. dan ini adalah cerita tentang idea yang timbul ketika keadaan yang terdesak.
aku masuk ke tandas di puduraya. ada sorang pakcik sedang menunggu giliran di hadapan beberapa pintu tandas yang tertutup. mungkin pakcik ini sudah menunggu agak lama. berkerut kerut muka pakcik ni.
dan ketika itu, pakcik ini mengeluarkan satu idea.
"kan bagus kalau ada had masa. takdela lama sangat orang duduk dalam tandas. lama guna, bayar lebih la"
dan aku terfikir. ada betul jugak. sekurang kurangnya takde la orang nak melempias nafsu dalam tandas. orang nak menghisap ganja dalam tandas. orang nak tidur dalam tandas. orang nak termenung dalam tandas. orang nak bersembang dalam tandas. orang nak beranak dalam tandas. orang nak bergayut (handphone) dalam tandas. orang nak menghabiskan masa dalam tandas.
yang negatifnya? aku tak mampu pikir banyak sebab aku harus bergegas ke dalam tandas.
tapi, itu kisah idea yang datang dalam keadaan terdesak. kisah idea spontan lebih banyak aku rasa.
ntah la. tapi, yang pasti, ini cerita yang lemah. kekurangan idea sebenarnya.
tunggulah beberapa hari dalam 2008 ni, mungkin ada perubahan pada struktur otak aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)