Wednesday, February 27, 2008

Pilihanraya (pilihansaya)

lima bulan sebelum ura ura pilihanraya akan diadakan. di sebuah kedai makan di ceruk kampung.

Assalamualaikum. YB (yang berduit) beri salam.

Waalaikumsalam. Oh! YB (yang berduit). jemput minum. jawab si penjual kopi.

(tok penghulu yang sibuk main dam bersama rakan taulan bangun untuk bersalam)

Semua sihat ke ni? Ada masalah apa apa? soal YB (yang berduit) pada semua yang ada di kedai makan.

sihat aje YB (yang berduit). jawab semua bersama sama. tok penghulu makan dua buah dam lawan sambil ketawa kuat kuat. YB (yang berduit) senyum senyum tengok semua.

Eh, YB (yang berduit) nak minum ape? soal Pak Husin yang kerjanya hari hari minum kopi dari pagi sampai ke petang. (oh, itu semenjak isterinya meninggal 3 tahun lepas)

takpe takpe. hari ni, saya belanja semua yang minum di sini. minum minum. jawab YB (yang berduit)

saya pun tak boleh lama ni. nak ke kampung sebelah pulak. katanya ada rumah rosak kena ribut. YB (yang berduit) bergerak keluar dari kedai kopi selepas hulur duit seratus pada si penjual kopi.

Sebelum masuk kereta, YB menoleh bila terdengar panggilan tok penghulu.

Macam mana? soal tok penghulu.

YB seluk poket. hulur sampul kuning. cukup kot. kata YB (yang berduit) berharap ada sepenggal lagi.

kereta YB (yang berduit) bergerak meninggalkan kedai kopi.

terdengar suara dari kedai kopi.

"Laaaaa...aku ingat dia dah mati. lama tak nampak"

dan suasana kembali seperti biasa. seperti tiada apa apa.

Tuesday, February 26, 2008

mereka mahu calonkan aku tapi aku tak mahu. bimbang nanti ada yang tewas

demam pilihanraya. semuanya tentang pilihanraya. aku makan malam dengan ditemani risalah pilihanraya. aku tonton tv dengan iklan iklan pilihanraya.

demam pilihanraya. tapi aku tidak demam. tapi mental aku penuh dengan perkara pilihanraya. calon sini dan sana.

demam pilihanraya. 8 mac 2008.

demam pilihanraya. seorang bekas cikgu (ustad) aku dulu jadi calon pilihanraya. kawasan mana? DUN Manong. nama siapa? cari sendiri.

demam pilihanraya. seorang kakak kepada kawan aku jadi calon. kalau menang? jadi ahli parlimen wakil parlimen Parit. hebat? aku salute dia. kalau dia menang? kawan aku jadi adik yang berhormat (berkhidmat).

demam pilihanraya. poster penuh kiri kanan. aku asyik dengan poster. tidak nampak budak melintas depan jalan. sipi sipi. sangat sipi sipi. maaf ya dik. sipi sipi saja.

demam pilihanraya. sana sini ada ceramah. aku mahu dengar tapi badan lesu. balik kerja terus rehat. bila mahu ada masa tonton ceramah. hasilnya? ceramah (kempen) kerajaan saja aku dengar melalui tv.

demam pilihanraya. dulu dulu aku tak paham. bila sudah besar, aku baru nampak fungsinya. untuk kaut harta? mungkin.

demam pilihanraya. ada tipu tipu sket. tapi jangan bagi nampak. ok? silap silap sket tak apa.

demam pilihanraya. oh. mak aku jadi ketua tempat menjaga undi. syabas! 2 kali berturut turut.

demam pilihanraya. mak! cek tak balik hari tu.

Thursday, February 21, 2008

menulis malas. bukan perkataan tapi keadaan.

setiap kali aku tulis sesuatu, selepas lima enam ayat, aku akan padam dan berfikir untuk menulis sesuatu yang baru.

"tak best"... aku rasa macam tu.

"idea tak best"... aku pikir macam tu.

aku kurang beraktiviti. aku kurang berinteraksi. aku lebih banyak habiskan hidup aku dengan pagi pergi kerja, petang balik rumah, malam makan nasi, malam tengok tv, malam tido.

dan aku mengulang aktiviti yang sama setiap hari.

(padam semua tulisan ni)

pilihanraya dah makin dekat. dan setiap kali aku tengok berita jam 8, aku jadi muak dengan pra kempen kempen kerajaan. (sebab waktu berkempen belum mula, jadi aku panggil ia pra kempen). ada sahaja berita yang baik yang kerajaan buat. dan tidak semena mena, tiba tiba, banyak betul duit itu dan ini yang nak dihulurkan pada yang tidak berkemampuan.

(padam semua tulisan ni)

aku sibuk dengan kehidupan sendiri. aku tidak fikirkan soal sekeliling.

(padam semua tulisan ni)

dan aku masih mencuba cuba untuk menulis untuk kali yang keberapa. dan aku masih gagal. idea idea sebelum ni makin terhakis. dan yop kata, kata kata, tulisan tulisan aku dah terpengaruh dengan penulis penulis blog lain. benar kah begitu?

aku mahu ada identiti sendiri. aku mahu menulis sebagai amcek yang dulu dulu. oh! untuk kali ini juga aku perlu

(padam semua tulisan ni)

aku tiada idea. berikan aku satu?

Wednesday, February 13, 2008

gila!

dah seminggu aku tak menulis.

Wednesday, February 6, 2008

merpati merpati berterbangan mencari haluan. "alamatnya ape?" soal merpati.

post aku agak bersifat peribadi kebelakangan ni. idea yang aku keluarkan lebih bersifat meluahkan perasaan. mungkin ada kaitannya dengan tahun baru cina yang akan disambut esok. hoye...petang ni makan besar! jadi, aku ucapkan selamat tahun baru (tahun tikus kepada semua kaum cina).

(aku tengok berita itu hari, cerita feng shui. yang lahir tahun babi, katanya "berhati hati dengan masalah kesihatan tahun ini." makanya, aku perlu lebih banyak senaman dan jaga kesihatan).

memandangkan aku dah terjerumus dalam keadaan yang bersifat peribadi, biar aku teruskan lagi keadaan ni. jadi, ni post bersifat peribadi. jangan buang masa untuk baca. aku letih untuk bagitau perkara sama.

semalam aku tulis pasal seorang kawan. lantas seorang kenalan seperti merajuk. katanya, post untuk dia tidak pernah ada. (sebenarnya ada ya! yang ini. cuma ringkas).

ini kenalan yang aku kenal sejak tingkatan tiga. tahun 98. tahun bekas timbalan perdana menteri kene 'sack'. aku hantar beberapa baris ayat dalam surat kawan aku, mengharapkan ada seorang perempuan dari sekolah nun jauh di selatan sanggup membalas kata kata aku. dan, hasilnya, aku terima surat yang pertama dari kenalan ini. dan itu 'pen pal' aku.

3 tahun, aku beraktiviti menulis surat. (maaf ya mak, sepanjang 5 tahun di kuale, tak pernah tulis surat ke rumah. asyik ke johor bahru je...kekeke). dan menulis surat adalah sesuatu yang ajaib. kalau sekarang orang lebih banyak pakai henpon. sepertinya henpon dah jadi alat mainan yang wajib untuk semua orang. tapi dulu, surat adalah sesuatu yang sangat menarik.

aku tulis. aku pos. aku tunggu. aku dapat surat. aku baca. aku tulis. aku pos. dan bla bla bla....

perasaan menanti balasan surat itu adalah sesuatu yang sangat enak. ternanti nanti sesuatu. oh, segarnya. sangat menarik. seperti mak yang menanti kabar berita anaknya, begitu jugak aku yang menanti surat dari kenalan ini.

tapi sekarang, tidak berutus surat lagi. sms saja ya!

p/s: kepada pakcik pakcik posmen yang pernah menghantar surat aku, aku ucapkan terima kasih seadanya.

p/s: rekod menulis surat aku. 14 muka. kekekeke....sampai cerita pasal kucing mati pun aku masukkan sama.

Tuesday, February 5, 2008

kenapa razman? ntah...

ini entry yang tiada makna. jangan buang masa kamu!

aku ada kawan bernama razman. pekerja pejabat yang sering mengganggu. cucuk sana. cucuk sini.

oh, dia sudah berteman. kamu kamu yang perempuan tidak dialu alukan untuk kenal lelaki besar ini.

die budak terengganu. budak terengganu yang mahu kenal razman, boleh datang ke akademi sains malaysia. akademi? tak kenal? tak tau akademi?

bongok! pergi surf internet.

okeh, sekian sahaja cerita pasal razman. lain kali aku cerita pasal kawan yang lain pulak

Monday, February 4, 2008

aku cuba jadi serius selepas mendapat tahu tentang tarikh kenduri aku. hoye!

Idea asal adalah milik En. Edwin. Aku cuma men’natasha hudson’ kan idea beliau. Boleh baca di sini untuk versi bahasa inggeris. Aku cuma cuba memudahkan pemahaman aku.

Anwar ibrahim jadi menteri kewangan tahun 1990 hingga 1998 (maafkan jika tarikhnya tidak tepat.

Harga minyak sepanjang waktu itu adalah RM1.10. Pernah cuba dinaikkan 3 sen tapi dikurangkan semula)

Harga petrol sekarang? RM1.92 seliter.

Puji Anwar? Bukan. Tapi, dia memang telah lakukan yang baik.

Pernah dengar KJ? Cari sendiri (bersepah nama ni). KJ pernah sebut (ini aku olah ya, bukan ayat bulat bulat) “ harga minyak harus berlainan bergantung pada pendapatan isi rumah”. Ya amat. Bodoh benar atau bodoh yang dibuat buat menantu ini?

Aku? Aku tidak fikir yang kaya perlu bayar petrol mahal. Yang miskin harus bayar petrol murah. Petrolnya sama. Kualitinya sama. (This is no utopia. Where everybody is warm and welcome, generous and transparent) ini ayat Edwin.

Cuba bayangkan ini.

“Mamak, kira semua.” Kenyang setelah membaham 2 keping roti canai dan segelas the halia.

“semua sekali 3 ringgit”

“Aik, tadi orang sebelah tu makan sama jugak, pasai apa dia 2 ringgit”

“oooo…banyak kesian. Dia punya baju koyak2 jugak. Seluar pun sudah lusuh. Mesti bayar murah sikit”

Menarik kan? Roti yang sama. Air yang sama. Sedap/tawar/masin/kelat yang sama. Tapi, harga berbeza. Bodoh? Kata En. Edwin, “silly of course”. Dan haruskah kita ke kedai mamak dengan berbogel selepas ini untuk menunjukkan kita benar benar tergolong dalam golongan yang berpendapatan rendah? Seperti orang asli dolu dolu.

Pernah dengar Petronas? Rekodnya, RM45.4 bilion jualan dari 192.4 milion tong. Bilion tu kawan. Ni minyak ni milik siapa?

Cuba bayangkan ni pulak. Dalam sebuah rumah yang penuh barang antic. Kamu dan kakak kamu dan abang kamu duduk bersama sama. Tapi, barang barang antik ini dijual di pasar. Tapi, hasil jualan, Cuma abang dan kakak yang dapat. Untuk kamu? Cuma dapat tinggal di rumah. Berteduh dari panas dan hujan. Rumah yang cantik. Persoalannya, kamu mahu biar papa asal bergaya atau biar tidak bergaya asal kaya? Sudah pasti aku mahu kaya dan bergaya. Kita mahukan kesama rataan. Kalau petronas semakin hari semakin menimbun duitnya, kemana ia disalurkan? Buat pengkayaan uranium? Oh, pengkayaan kroni? Oh, untuk kerani sebenarnya.

Kita asyik dibisikkan dengan kata kata “hey rakyat jelata, hampa nak tau dak? Harga minyak kita ni, kalau bandingkan dengan negara lain, masih murah tau?”

Hello mak encik, kos sara hidup tak kire ke? Amik contoh UK. Harga petrol seliter £0.990. gaji minimum pulak £5.52 sejam. (mana aku dapat figure ni? Aku copy paste dari en.edwin) Malaysia pulak, disebabkan takde gaji minimum, andaikan RM3.50 sejam lah. Dan harga petrol RM1.92.

Pandai buat kira kira? Aku tak pandai. Kamu kira sendiri. (tapi, boleh bayangkan tak?) separuh dari gaji sejam untuk bayar petrol seliter. Yang rakyat di UK masih mengadu dengan harga petrol, kita di sini pulak, ”Ok la tu, takde mahal pun. Tak mati pun”

Aku malas nak memanjang lebarkan lagi. Cuba fikirkan sikit lagi:

1. UK tak mengeluarkan petrol, jadi mahal dari segi logistik, tapi, harga masih berpatutan berbanding malaysia, kenapa?
2. Kita keluarkan petrol, proses dan jual dengan harga mahal pada negara luar. Wah! Bisnes yang bagus
3. Kita import minyak dari negara dunia ketiga, proses dan jual pada rakyat dengan harga mahal.
(Ai, yang eksport pun mahal, yang jual pada rakyat sendiri pun mahal? Kita duduk negara lain ke?)
4. Mudah mendapat minyak di UK, permintaan tinggi tapi harga masih berpatutan.
5. Mudah mendapat minyak di Malaysia tapi harga mahal

dapat semua? Pikirla sendiri. Aku penjawat awam. Sekian.