Friday, August 15, 2008

Football Association of Malaysia (tahi)

seketika aku teringat dulu dulu.

ade scott olerenshaw, john hunter, ervin boban, alistair edwards, abbas saad, peter neketein, tibor tzaban, olubunmi adigun, jang jung, warren spink, laszlo repasi, joe calleta, karel stromsik, ape nama mamat serbia yang main kl tu?, dan semua yang ada masa tu.

dan bagi aku, matlan marjan, jalil ramli, sapian wahid, azizul abu hanifah, nidzam adzha yusuf, lim teong kim, liew kim tu dan beberapa nama lain adalah hampir sama dengan nama yang di atas tu.

aku rindukan zaman itu.

meskipun kita ada bakat baru sekarang ni, tapi aku tetap rindukan zaman itu. dengan satu balingan dari jalil ramli ke dalam kotak penalti, di tunggu oleh john hunter untuk ditanduk dan gol.

seperti kepakaran azizul mencipta hantaran, mencipta peluang, membuka permainan, menjaringkan gol dari sepakan sudut, itu semua adalah sesuatu yang genius.

wohohohoho...ini satu kegilaan. sangat teruja mengenangkan cerita dulu dulu itu.

oh, kecuali bab rasuah. yang lain, cemerlang. aku bagi 5 bintang!

Thursday, August 14, 2008

esok mahu balik ipoh.

esok mahu balik ipoh. cuti seminggu.

esok mahu balik ipoh. dengan onim. dengan nyah. dengan abang zaki.

esok mahu balik ipoh. naik kelisa. sendat!

esok mahu balik ipoh. oh, ayat kedua tadi aku perlu tambah sikit lagi. dengan lintah.

esok mahu balik ipoh. ada kenduri. sabtu. ahad. isnin. Ada anak pak min. abang mie. aku.

esok mahu balik ipoh. wah! seperti mahu pulang ke kampung waktu cuti sekolah dulu dulu. sukenyer!

Wednesday, August 13, 2008

ini tiada makna. last2 tu ada sikit

dah lama sangat tak menulis. aku jadi ketinggalan zaman dengan keadaan semasa. dan aku rasa macam dah susah sangat nak mulakan balik penulisan aku dalam blog ni. kalau dulu idea boleh datang mencurah curah, tapi sekarang idea perlu diperah perah. dan idea yang diperah perah kebiasaannya adalah idea yang lemah.

mungkin aku terlalu melihat ke arah dunia luar sehinggakan aku terlupa untuk melihat ke arah dalam diri aku sendiri. aku lupa melihat kepada kehidupan aku. mungkin untuk entri entri yang di hadapan, aku mungkin perlu fokuskan lebih pada diri aku sendiri daripada melihat ke arah kehidupan makhluk bumi yang lain.

jadi, sekian buat sementara waktu. ada kerja. nanti aku tuliskan perihal kehidupan aku.

++++++++++++++++

ada berita gembira? tak tau lagi. kene tunggu confirmation.