Thursday, September 25, 2008

ibu dan ayahku. jangan baca!

entry ini bukan untuk bacaan bagi mereka yang bernama Aminah binti Sakio dan Mior Shahidin Bin yeop Abdul Talip. Sekiranya anda juga mengenali mereka(rakan rapat, rakan surau, rakan sekolah, rakan kerja, jiran terdekat, saudara mara), sila hentikan pembacaan sekarang.

dulu dulu

adik aku sudah langgar tiang letrik depan rumah. undur punya undur, sudah langgar lalu kemik tepi kereta waja.

"Pakcik pin la yang salah. die nak masuk kereta dia."

itu hari. baru lagi.

adik aku sudah langgar tong sampah besar dekat rumah dia. undur punya undur, sudah langgar lalu pecah cermin kereta belakang.

kali ni, siapa salah?

aku ingat, dia akan sediakan jawapan macam ni,

"Tong sampah tu pergi berdiri belakang tu buat ape?"

"Ni salah orang yang angkat sampah tu la. dia tak alihkan tong tu."

"Mula mula kakcik nak keluarkan kereta pergi pejabat. Pejabat kakcik tak la jauh sangat" <----- usaha mengalih isu sebenar.

"Amcek ade beli mercun tak?" <----- juga cubaan mengalih isu sebenar.

~ amcek...amcek...tolong kakcik. ish..amcek kene amik half day. tolong kakcik.~

kekekeke....oit! jangan sampai ke tiga kali!

sahur 25 ramadhan

jam henset berbunyi pukul 4:30. tu kebiasaan aku bangun untuk bersahur. tapi pagi tadi rasa macam malas. lalu, selepas berbunyi beberapa kali, aku terus sambung tidur.

dan beberapa ketika, aku terbangun. dalam mamai, aku tengok semula henset. oh, 5:25. sempat lagi nak sahur. air nescafe yang aku buat malam tadi sebelum tidur, aku minum dua gelas.

dan aku sambung tidur.

dan beberapa minit kemudian, aku terbangun. aku tengok semula henset. 6:27.

errr.....tak sengaja, tak batal puasa kan?

Wednesday, September 17, 2008

RM5.20 kali 2 sama dengan RM10.40

UPDATE

alhamdulillah. sudah selesai pembayaran zakat semalam. tertunai satu kewajipan. first time woooo....

TULISAN AWAL

lupakan seketika soal duit raya. aku belum bayar zakat fitrah untuk tahun ni. ingat, mahu bayar petang nanti lepas asar di masjid kampung baru.

rukun islam yang lima:

mengucap dua kalimah syahadah
solat lima waktu
puasa di bulan ramadhan
ZAKAT
mengerjakan haji

jadi, insya Allah, ini petang, aku tunaikan.

~kali 2 sebab sudah ada onim.

Tuesday, September 16, 2008

destinasi berikutnya

seremban.

Friday, September 12, 2008

duit raya (1)

dulu waktu kecil kecil, usaha untuk mendapatkan duit raya adalah sesuatu yang sangat bersungguh sungguh. tiada anak kecil yang tidak sukakan duit. tidak kira samada 5 kupang atau seringgit. ia tetap duit raya yang sangat berharga. untuk mendapat 5 ringgit dalam satu sampul hijau merupakan satu kemenangan loteri. apatah lagi sekeping duit merah di dalamnya. pastu perasaan sangat gembira itu akan dipancarkan sebanyak banyaknya.

dan satu kepantangan bagi anak kecil dulu dulu adalah, sebaik menerima sampul duit raya, terus sahaja dibuka di hadapan tetamu yang memberi. hasilnya, pasti akan dimarahi oleh mak atau ayah. tapi sekarang, anak anak kecil sudah tidak berkira lagi. dapat sahaja, terus buka. dan para mak dan ayah seperti malu malu kononnya tapi tiada apa yang dilakukan. cuma,

"hei, malu la kat orang. bukak nanti"

dan antara yang menarik berkenaan duit raya adalah "siapa yang dapat lagi banyak". dulu dulu waktu kecil kecil, aku bukan antara manusia yang suka berjalan jalan dalam rombongan kanak kanak ke rumah rumah jiran. aku cuma pengikut mak dan ayah. ke rumah tok itam, kami ke rumah tok itam. ke rumah mak nyah, kami ke rumah mak nyah. ke rumah pak min, kami ke rumah pak min. cuma pernah dulu dulu aku dan yop berjalan ke rumah kawan kawan yop seperti kerel itam, kerel putih, nazmi, on, ajip dan beberapa kengakawan yang lain. makanya, aktiviti ziarah ini menghasilkan duit raya. dan sekaligus membuatkan duit raya aku lebih banyak dari Yang, Kakcik dan Nyah yang lebih banyak duduk di rumah.

tapi tahun ini, (sebenarnya bermula tahun lepas), aku sudah mula jadi orang yang mengeluarkan duit raya. tiada lagi kutipan duit raya untuk diri sendiri. Cakap kawan kawan lain, mereka masih dapat duit raya selagi belum kahwin atau belum kerja, tapi, di kalangan saudara keluarga aku, mereka yang sudah kelihatan besar, sudah nampak misai, sudah ada janggut, sudah berdiri sama tinggi, sudah nampak pembesaran nek, sudah bawa beg tangan, tidak akan lagi menerima duit raya.

dan sebenarnya, duit raya ini untuk apa? aku sambung tulisan nanti nanti.

Wednesday, September 10, 2008

klcc, lemang, saddam + Yang = atap jiran

tahun lepas aku sudah main mercun dengan ahli keluarga waktu malam sebelum raya. ini tahun, aku mahu main mercun lagi.

(minta supaya jangan laporkan pada pihak berkuasa ya! aku cuma merancang. belum buat lagi)

aku target, ini tahun aku mahu beli saddam (lagi) dan lemang (mercun) beberapa batang. mahu kasi gamat kampung aku. tambah pulak, insya allah, onim ada sekali. boleh main dengan dia. oh, untuk onim, cuma mercun lidi dan mercun pop.

aku sudah cerita kisah main mercun dulu tapi aku tak ingat di mana letaknya cerita itu. sudah dipadamkan barangkali. takpelah. tapi, tahun lepas, kakak aku sudah declare war dengan jiran. aku ingat, tahun ni, dia mahu buat ancaman sekali lagi agaknya. makanya, aku perlu belikan mercun (peluru) yang paling canggih.

klcc punye ok tak?

Sunday, September 7, 2008

onim (untold story)

pasal ape untold story? entah. tetiba aku nak menulis. jadi aku letakkan nama onim dan untold story. jadilah tajuknya seperti yang demikian.

ini cerita peribadi. cerita untuk bacaan aku nanti2 dan bila2 yang aku suka. memang sepenuhnya cerita peribadi. jadi, teruskan hanya jika minat membaca cerita peribadi.

sekarang aku melaporkan dari sungai petani. bertemankan onim di sebelah yang sedang pening2 (masuk minggu ke berapa ntah die pening2)

oh! baru sebentar tadi die bersuara.

"dah enam hari b tak puasa."

sepanjang 2 hari di sini, aku melihat kehidupan onim yang semakin tak ceria. asyik pening aje. nak buat camne. hari2 dok rehat. baring dalam bilik. tido. tengok tv sekejap. kemudian disusuli dengan pening2. makan sikit2. muntah. tak bermaya. dan kesimpulannya, kehidupan onim memang tak macam dulu.

tapi, aku cakap. takpe. tahan sikit. 3 bulan aje. lepas tu ok.

kesian jugak tengok onim ni tapi ape yang mampu aku buat. mungkin memang macam ni orang yang mengandung. pening2. muntah2.

ntahla. aku cuma harap die cepat2 dapat melepasi keadaan lemah longlai ni. kesian aku tengok.

ntahla. tak tau nak cerita ape lagi. nak picit2 kepala. calo!

Friday, September 5, 2008

listen2quran

ni aku jumpa.

kalau rajin2 dengar la.

www.listen2quran.com

bagus jugak sesambil buat kerja.

a samad ismail (yang tidak kukenal)

sekurang kurangnya aku pernah dengar nama dia. pernah lihat gambar dia. pernah tahu tentang kewujudan dia.

walaupun aku tidak kenal dia secara peribadi. tidak pernah bertemu apatah lagi bercakap. aku tidak tahu apa sebenarnya yang pernah dia buat dulu dulu.

tapi aku tahu dia tokoh besar dalam kewartawanan. tokoh besar dalam negara ni.

dan dia yang sudah meninggal dunia. aku doakan yang baik baik untuk dia di alam sana.

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang mulia dan soleh.

azura. tapi bukan kawan yop tu.

pagi tadi, lepas sahur, aku duduk2 depan tv sebelum subuh. (ya allah, kalau ngaji kan bagus). tengok rancangan rancangan yang ada. kemudian, ada filem lama,

"excuse me, can i see your captain?"

dan sejurus kemudian

"dah bayar?"

"beressssss...."

hehe...

esok ade cerita apa pulak ye. (ya allah, kalau ngaji kan bagus)

Tuesday, September 2, 2008

itu hari

ade beberapa perkara yang menarik yang dah berlaku dalam seminggu dua minggu tiga minggu yang lepas. sebagai satu simpanan dalam blog ni, maka, aku tuliskan beberapa perkara yang menarik.

satu.

lee chong wei menang pingat perak dalam olimpik beijing. tewas kepada lin dan yang terlalu gagah masa final tu. tapi, memang semua bajet lee chong wei menang perak je. ape ape pun, tahniah la. dapat pingat dari olimpik. balik malaysia itu hari, dapat pingat lagi. dato' ke datuk?

dua.

itu hari wan azizah sudah lepaskan jawatan ahli parlimen dia. (parlimen permatang pauh) makanya, suaminya anwar sudah jadi pengganti. menang mengalahkan lawan dengan majoriti 15000++ undi. ini sudah jadi satu sejarah juga dalam negara. itu hari, sepuluh tahun sudah dia sudah kene pecat, sekarang dia sudah bangun lawan balik. makanya, aku dan seluruh rakyat malaysia nak melihatlah apa jadi lepas ni. oh, sebagai satu simpanan jugak, anwar kata mahu tukar kerajaan 16 september 2008 ni. jadi, tunggu je lah.

tiga.

itu hari, ada sorang mamat nama saiful sudah bersumpah dia kene liwat oleh anwar. bukan lah nak cakap ape ape tapi teringat kecik kecik dulu. ayat ayat yang biasa kite guna.

"kalau sumpah, nanti kene makan sumpah"

atau yang lagi best

"alip lam lam ha. kalau tipu dosa"

empat.

itu hari, ada satu pakcik sudah kata yang kerajaan perak yang dipimpin oleh nizar akan jatuh pada 31 ogos 2008. aku pun tunggu la jugak. kot kot mak ayah aku kat kampung nun nak telefon bagitau kalau kalau ade kejatuhan kerajaan. tapi, takde sebarang berita pun. pakcik yang cakap tu main main je kot. entah le. tapi, pakcik tu dulu menteri besar perak jugak. entah le.

lima.

onim sudah hamil da. 7 minggu lebih kurang tapi kesian aku tengok. lemah sesangat. asyik pening aje. nak makan ape pun susah. asyik muntah aje. makan ape pun tak larat. baru aku tau camne payahnye mak mak ni mengandung dulu. ape ape pun, doakan yang baik2 untuk aku ye.

enam.

ramadhan sudah tiba. makanya aku selaku salah seorang peserta ramadhan ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam. banyak banyakkan amalan. banyak banyakkan buat kebaikan. banyak pahala nak kumpul. sayang kalau tak gunakan kesempatan ni. jadi, puasa sungguh sungguh!