Tuesday, April 7, 2009

ini aktiviti yang aku lalui weekend. onim pulak hari hari.

aku kesian dekat onim yang sekarang ada di sp. kalau ikut cerita dan aduan aduan dia setiap hari, rasa kesian. sebab affan selalu ragam. bila siang, die tido yang macam tak ingat dunia. dan bila malam, dia akan berjaga setiap satu jam. dan kadang kadang bangun dan merengek tak henti henti. dan onim kene berjaga untuk melayan kehendak affan yang kadang kadang aku pun tak tau ape yang die nak.

dia bangun. rengek2 kecil. aku dan onim akan buat tak tau. sebab menurut apa yang aku baca, kalau baby bangun sekejap dan merengek sikit2, biarkan dulu. nanti die akan lelap balik.

dan bila mata die terbukak besar. aku tahu, die akan merengek lebih kuat lagi. dengan kekuatan yang dia ada, tangan dia dan kaki akan menolak kuat2 kain yang membedung badannya itu.

bila tak mampu, akan menangis kuat.

dan dia perlu didukung rapat2 dengan badan. dan die akan lelap. dan bila diletakkan semula ke tilam, die akan buka mata kembali.

dan merengek lagi.

dan diberi minuman pula. dari onim. dan dari enfalac. (kalau mak aku tau, aku bagi minum susu tepung, mampoih!). dan dia akan terlelap lagi seketika.

dan bila die merengek lagi selepas itu, mungkin pampersnya sudah penuh dengan tahi tahi. bangun untuk ditukar. dan bila die terjaga lagi. mungkin dia lapar lagi. bangun untuk susu lagi.

dan sehingga pagi, itu semua akan berulang ulang.

dan pukul 8 pagi, dia akan tidur lena. sehingga pukul 12 tengah hari lebih kurang.

bangun dan makan. (minum susu la)

dan tidur sehingga petang.

bangun dan makan lagi. (minum susu la)

dan tidur sehingga pukul 8 atau 10.

dan ulang kembali aktiviti.

aku ingat, biological clock dia kene setting balik la. affan...affan....

0 komen: