Tuesday, April 7, 2009

ini entri peribadi. tidak perlu baca jika kamu bukan Hazwanim Md Hashim.

ini cerita itu hari. waktu onim bersalin.

aku bukan nak bukak cerita lama. tapi, aku cuma keluarkan apa yang otak aku simpan.

pengalaman melihat orang bersalin, di depan mata adalah sesuatu yang sangat hebat. bagi aku.

aku yakin, memang kita boleh tengok proses kelahiran tu melalui youtube atau mana saja yang kite boleh cari, tapi, pengalaman sendiri itu lebih berbeza. tambah pulak, yang sedang bertarung untuk kehidupan itu adalah orang yang kita sayang.

aku tak tahu bagaimana rasa sakitnya itu. dan aku tak mahu rasa kesakitan itu. biarlah cuma wanita sahaja yang merasakannya di dalam dunia ini. tapi, aku tahu onim sakit. aku tahu onim teramat sakit. cuba masukkan jari ke dalam mulut dan jolok sehingga ke kerongkong. dan cuba pula bayangkan satu genggaman penumbuk masuk ke dalam kerongkong.

wo! gila!

dan aku sangat sayangkan onim atas segala usaha dia. sejak dari awal mengandung dia sudah sakit sakit. dengan mabuk yang tidak henti henti. makan sikit je, muntah. dan beberapa kejadian yang kadang kadang merisaukan.

tambahan pulak, sebagai seorang doktor, onim akan cuba kaitkan semua permasalahn tu menjadi satu penyakit. walaupun, bagi aku, sorang orang biasa akan anggap, "ala, takde pape"

dan akhirnya, pertarungan dia pada 22 mac 2009 itu adalah yang paling hebat aku saksikan. dan untuk kemenangan dia, aku berikan sepenuh hati untuk kasih sayang aku.
terima kasih!

1 komen:

cek_onymm said...

thanks dd...terharu b bace...love u forever & always....so much!