Friday, April 3, 2009

membesarkan seorang manusia (2)

Aku tak tahu pun yang dulu dulu lama dulu, mak dan ayah aku selalu terjaga malam tatkala aku menangis disebabkan ketidakupayaan aku mencari makan sendiri.

tatkala aku dibedung dan tidak punya kuasa melainkan menangis minta simpati mendapatkan makanan.

dan aku yakin sangat sangat mak ataupun ayah aku akan terbangun begitu banyak sekali bila di bontot aku penuh dengan tahi yang aku tak tahu dan tidak upaya untuk mencucinya sendiri.

dan dua orang itu akan memastikan aku selesa kembali.

kalau satu hari dulu, aku percaya, seekor nyamuk yang mengigit aku akan dikejar, di tangkap dan dipastikan dilenyek hingga mati kerana menyebabkan kulit di badan aku tertinggal kesan kesan merah gigitan.

(kakak aku dibebel oleh mak disebabkan satu kesan gigitan nyamuk di badan zuhrah atiqah. wo! onim! pastikan nyamuk tiada di sekitaran)

waktu aku dihantar ke sekolah, pesan ayah pada guru, 'anaknya ini boleh dipukul, dirotan, dimarahi jika dia bersalah. asal saja tidak sampai melibatkan kecederaan patah, lebam teruk dan yang berkaitan dengannya'

dan untuk guru anak aku, kamu jangan bimbang kerana apa yang ayah aku pernah sebut dulu kepada guru aku, aku akan ulanginya kepada kamu.

tapi untuk ke sekolah, masih lama lagi. yang penting sekarang, mummy dan daddy sangat gembira kerana kamu ada. sekarang kami berdua ini akan mula belajar susah senang membesarkan seorang manusia.

1 komen:

bigzaima said...

Membesarkan seorang manusia - mudah... Membesarkan seorang manusia menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat - itu yang susah. Welcome to the PARENT'S WORLD