Friday, January 30, 2009

ia bergolek

aku discover sesuatu sebentar tadi,

apabila aku baring dan meletak satu gumpalan kertas kecil di atas perut, ia akan bergolek ke arah dada aku.

wooohoooo...satu penemuan.

kamu cuba.

perihal: weekend, pasir dan manusia kecil.

esok mahu pulang ke ipoh.

ahad kenduri di bercham.

ahad balik ke seremban.

isnin kerja semula.

weekend yang bakal memenatkan

++++++++++++++++++++

gaji masuk bulan depan.

buat sementara, kalau ikut cakap mak,

"makan duit bini le kamu yek?"

kalau ikut cakap aku

"pasir depan rumah tak habis rebus lagi. boleh le tahan sebulan lagi.

++++++++++++++++++++

semalam aku tengok manusia kecil lagi. makin tembam. hoho... yang dulu agak kurus.

oh, satu lagi.

kalau ikut cakap doktor,

"his nose. like his father's."

his?

jumaat penuh tekanan

ini pertama kali hari jumaat yang penuh tekanan.

wooo.... banyak lagi tak sudah ni.

Wednesday, January 28, 2009

...

TULISAN ASAL (yang aku tak tahu dari mana asal usulnya)

1. salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy
perhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan..
ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy.
Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan
mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt,
tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..
jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk
jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..
i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer..
awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..
mcm x special plk diri sy utk
awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni.
Pggl ayang.. bole ke? Awk pggl sy bi
ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan..
just panggilan je..thanks ayang..
love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk ayang ni
mcm x prcaya bi je. Yela, bi just
tanya ayang pkai apa je kan ..
tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni... .
hihihi..

8. Yang bi nak ayang tau, ayanglah segalanya utk bi,
ayang la pmberi semangat utk bi...
yang... ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..
jgn risau..inikan
membuktikan bi caring..
so jgn risau..k..yeye. .
bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..

9. Ayang..da lama kite msg,
leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq
ayang... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..
abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm
hubungan..la iqra hafiddin..hehe. .
sikit sikit je..kih3..

11. Hi ayang, watpe 2? Nk ckp sket..
nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg?...
ayang x caye kat abg eh.. huhu..

12. Ayang..kite jumpe k?..abg suka ayang pakai
tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn ayang x cntk..
just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..

13. Ayang..abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp
ayang eh, trsentuh xpe..ter..
hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat ayang..

14. Tq jumpa td, ayang cntk la..
Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe..
Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..
tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa pasni..
tgk..Allah memberkati hubungan kite..
ayang solat dah ke? Doakan abg
skali ek..miss u..

15. Ayang..just nk tanya..
ayang cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?
50% je... huhu..yang. .
just nk tanya..rambut ayang panjang x?
just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek..
yg abg bg kat ayang tu.. Ayang..bg la gmbr
ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..
Cntk nye ayang..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. ayang cintakan abg berapa percent?
Sepenuh hati Thanks ayang..love u too..


18. Ayang..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak
marah.. ayang kan milik abg..
Thank 4 being understanding. .

19. Ayang kata ayang cintakan abg sepenuh hati..
kalu gitu..apa buktinya
ayang cintakan abg..?

TAMBAHAN AKU SENDIRI (berdasarkan imaginasi aku)

20. Yang... tutup la lampu tu... dah malam ni...
hehehe... geli la...

21. (adegan terpaksa ditapis bagi mengelakkan kanak kanak bawah umur terpedaya dengan aksi aksi yang mendebarkan)

22. (masih terpaksa ditapis)

23. (masih lagi ditapis. oi... berapa lama daaa... )

24. zzzzzz... ... selamat malam ayang... .terima kasih... .

suasana dalam bilik gelap. cuma kedengaran dengkuran. cahaya dari luar bilik seperti menampakkan ada bayang manusia yang ramai.

pintu diketuk.

25. abang... ade orang luar bilik tu. tengok la sape...

26. jap... abang pakai seluar dulu.

intai dari lubang pintu.

27. ALLAH! alamak yang... pegawai maksiat datang!

Thursday, January 22, 2009

perihal: melihat manusia kecil

manusia kecil malu lalu menutup mukanya ketika aku, onim dan doktor melihat nuneinya tadi.

ya. dia malu.

tapi aku dan onim gembira. sebab kamu sihat manusia kecil.

teruskan sihat kerana sakit sakit itu akan datang nanti selepas kamu jumpa dunia yang lain di sini.

sesekali teringat (2)

alip lam lam ha,

(sambil tangan digayakan ke arah orang yang dituju alip lam lam ha itu)

fuh! ngeri!

Wednesday, January 21, 2009

dedas

-bacaan untuk ahli keluarga-

"tutup le tingkap tu...nyamuk masuk berdedeh dedeh ha...."

ucapan dari guru bahasa melayu.

esok di ERA 22 januari 2008

cuma satu je...pleasseeee...

tolong dengar radio era esok pagi. dari pukul 7 setengah sampai 8 pagi je... pleaseee....

sekian.

kesungguhan (2)

kelebihan setiap yang berakal adalah keupayaan untuk berfikir. tidak kira samada ia adalah manusia ataupun haiwan. seekor singa yang lapar akan berfikir bagaimana untuk menangkap seekor rusa. seorang manusia yang lapar akan berfikir bagaimana untuk memasak megi. walaupun memasak megi adalah mudah tetapi otak yang ada akan tetap berfikir.

dan daripada fikiran juga akan wujudnya kesungguhan. sebagai contoh. untuk memasak megi, kalau kita tidak sungguh sungguh, makanya megi yang dimasak tapi tidak akan menjadi megi yang sedap. sekadar megi. bukan megi yang sedap.

dan disebabkan perasaan kesungguhan ini juga wujud bermacam macam perkara dalam dunia ni.

contoh. ketika thomas edison mencipta mentol dulu. itu namanya kesungguhan. selepas beratus kali gagal, akhirnya dengan kesungguhan yang dia ada, terciptanya satu benda yang bermanfaat kepada manusia.

contoh lagi. ketika alexander graham bell mencipta telefon. dia ada kesungguhan untuk mencipta sesuatu. walaupun penerimaan kepada telefon pada ketika itu adalah terlalu sedikit, tetapi yang penting, kesungguhan yang dia tunjukkan akhirnya membuahkan sesuatu.

perlu contoh lagi? aku rasa dah paham dah. jadi, apa pentingnya kesungguhan? sebab dengan kesungguhanla semua fokus boleh diletakkan kepada satu perkara. pemikiran tidak bercampur2 dengan yang lain. apabila kita benar2 bersungguh untuk sesuatu perkara, maka kita akan mencapai apa yang kita mahukan.

ya! benar! memang benar kalau aku katakan tulisan ini agak poyo.

tapi aku percaya. dengan adanya kesungguhan, pasti aku akan berjaya mengurangkan sedikit berat badan. atau mungkin sekali mengurangkan saiz di pinggang kepada awal 30 an.

hoho!

Tuesday, January 20, 2009

kesungguhan

aku mahu pergi putrajaya. ada sesuatu yang nak ditulis, tapi nanti balik la aku tulis.

ini memang benar benar satu kesungguhan.

Wednesday, January 14, 2009

maaf. entri yang dulu buat saham mu jatuh.

err..err....

telah berlaku satu pembetulan. di atas sebab sebab tertentu dan permintaan sulit dari seseorang, saya dengan ini ingin memberitahu bahawa yang sebenarnya bukan abang saya yang akan bertunang. errr...err.... serius bukan. bukan! saya nak menafikan. tolonglah percaya. bukan abang saya.

ada orang lain yang akan bertunang pada hari itu. abang saya dan keluarga cuma akan pergi merisik seseorang sahaja pada 18 januari ni.

opsss! tercerita lagi.

sabtu sebelum raya cina 09

kuala lumpur bukan lagi tempat aku melepak tapi sudah jadi tempat melawat.

makanya, rizebkan satu tempat untuk aku dan onim singgah sabtu depan ya.

oh! kalau mak dan ayah aku baca, sila alihkan pandangan.

errr.... lagipun kan nak balik kenduri yop nanti... kekekeke...

konpem ke ni?

fokus

banyak kerja menjadikan aku fokus.

membasuh baju, -walaupun cuma dengan mesin- , membasuh pinggan mangkuk, membasuh akuarium, melipat baju, menyapu laman, membeli makanan. -sudah tidak memasak beberapa hari- ,

++++++++++++++++

membasuh baju adalah mudah.

basuh pinggan agak leceh tetapi mudah.

basuh akuarium adalah perlu kerana ikan aku banyak berak. air cepat kotor. -maaf! perkataan berak mungkin kotor bagi sesetengah orang-

melipat baju aku fikir mungkin boleh sub con pada onim.

menyapu laman adalah malas tetapi perlu sebab angin selalu kuat dan menolak debu debu ke laman rumah.

membeli makanan? aku perlu periksa peti ais. rasanya masih banyak stok. tetapi malas sebenarnya.

fokus. fokus.

Tuesday, January 13, 2009

mak kata "kat bercham aje, bukan jauh sangat"

abang aku.

mahu.

errr...errr....

wajar ke aku bagitahu satu dunia yang die mahu bertunang?

oh. dah tercakap.

bila dia keluar nanti, kasih ini akan tetap ada untuk kamu yang aku suka

perempuan yang aku suka asyik
mengadu sakit kepala dan kaki akibat penat kerja
tapi
yang sebenarnya dia mahukan lebih perhatian kerana
mungkin sekali dia bimbang ada manusia kecil
yang akan berkongsi kasihnya nanti.

Tuesday, January 6, 2009

hari kedua di sekolah

kawan aku tulis cerite sedih.

bace le sindri.

yang aku tau, paling aku ingat, cerita yang satu ni je.

hehehe.

Monday, January 5, 2009

nak takut apa?

boleh kata, antara isu yang disebut sebut sekarang ni adalah mengenai hukum hudud. makanya, aku pun nak menyibuk sama.

aku bukan pakar agama ataupun pakar undang2 yang belajar tentang perkara itu.

cumanya, aku terpikir, adakah disebabkan perkataan 'hudud' itu menjadikan semuanya gerun. ataupun hukumannya? atau apa? sebabnya, yang aku tengok sekarang ini, semua orang berpusing pusing, meniarap melentang, duduk tak diam bila hudud itu disebut sebutkan.

jadi, aku cadangkan, jangan jadikan dia sebagai hukum hudud. bincangkan dia sebagai nama lain.

gubal sebagai 'hukum untuk orang islam sahaja'

bawa ke dewan rakyat. bahaskan.

apa nak takut. untuk orang islam yang buat jahat saja.

apa nak takut. yang dipotong tangan cuma orang islam yang jahat saja.

apa nak takut. takut silap hukuman? yang salah terlepas, yang baik dihukum?

Allah kan adil. kalau di sini terlepas, di akhirat tak kemana.

apa nak takut.

cuma, masalah sekarang ni yang aku nampak, masing masing tak jelas, apa itu 'hukum untuk orang islam sahaja'.

takde satu penjelasan apa dia hukum itu sebenarnya. bagaimana proses mencapai ke arah hukuman itu. bagaimana hukuman tu dijalankan. bagaimana prosedurnya.

kita tak nampak. kita tak jelas tentang itu. yang kita dengar,

mencuri potong tangan.

membunuh, kene hukum bunuh.

berzina, bagi yang belum kahwin, kene rotan.

berzina, yang dah kahwin, kene rejam sampai mati.

itu yang kita tahu dan pernah dengar.

tapi, perlaksanaannya bagaimana? penghukumannya bagaimana?

jelaskan dan biar semua paham. ini lah yang harus diberitahu. bukan sibuk dengan demo pertandingan tarian. bukan sibuk dengan ketuanan. bukan sibuk dengan erdogan.

+++++++++++++++++++++

rancangan televisyen. nanti nanti

9:30 pagi - Warta Negeri

10:00 pagi - Hukuman@1 (siaran langsung dari dataran)

10:30 pagi - Memasak bersama Chef

+++++++++++++++++++++

aku cuba bayangkan kalau budak budak melihat di kaca televisyen seorang lelaki dipotong pergelangan tangannya kerana mencuri. darah mengalir. muka si lelaki berkerut sakit. ditambah dengan teriakan penonton. ada pula yang jatuh pengsan. yang meratap ratap. yang menutup mata. yang geli geleman melihat darah.

nescaya, dan aku yakin, budak ini takkan mencuri bila melihat begitu dahsyatnya hukuman ke atas si pelaku jenayah.

+++++++++++++++++++++

nak takut apa?

satu keluarga. satu rasa.

aku kurang sihat.

selsema.

sakit tekak.

pening2 kepala.

mahu demam agaknya.

pergi kerja.

+++++++++++++++++++

onim kurang sihat.

selsema.

sakit tekak.

pening2 kepala.

mahu demam agaknya.

tak pergi kerja.

+++++++++++++++++++

baby mungkin kurang sihat.

tak banyak bergerak.

+++++++++++++++++++

rumah jadi sunyi.

(sound effect sunyi macam mana?)

yang terindah.

kumpul kumpul tahi.

bagi angin lalu.

best gila bau.

sekian.

Thursday, January 1, 2009

ritual

ada ritual akan diadakan di sini.

belum bermula.

nanti aku ceritakan lebih lanjut.

sukar menulis bila ada sekumpulan kanak kanak di sekeliling.

nanti2.

sekian.

maafkan kami anak anak Gaza




Maafkan kami, Gaza

Hanya lihat
dan pasang mata

Hanya marah
dan merah mata

Hanya sedih
dan air mata

Hanya doa
dan merah mata

Hanya pekik
dan sorot mata

Hanya malu
dan tutup mata

Hanya suara
dan kata

Hanya simpati
dan cinta

Maafkan kami, Gaza

Bocah-bocah Gaza!
jangan adukan kami kepada Muhammad (s.'a.w.w.)

Kami di Indonesia,
jauh dari Gaza

muhsinlabib

malam tahun baru malam tadi.

malam tadi aku di sungai petani.

di rumah mertua melawat sambil menjaga sambil mebantu apa yang perlu.

kebiasaannya pun aku tak ke mana mana waktu tahun baru.

tiada perayaan yang perlu diberi kelebihan.

jadi, aku tidur awal seperti biasa. tambahan. onim pun penat2 dan sakit kaki.

pukul 12 setengah malam, terjaga.

dengar bunyi2 bunga api.

malas.

sambung tidur dan bangun pada 1 januari.

seperti biasa. kehidupan tahun baru bermula.

sekian.

2009 sudah bermula!

selamat tahun baru.

sekian.

azam? biarkan aku sendiri yang tahu.

sekian.

semoga jadi pengajaran. penutup 2008.




ini sebagai pengajaran bagi tahun 2009 yang datang.

sekian.