Tuesday, March 31, 2009

perihal: nak ke kolumpo dan affan

nak ke kolumpo sekejap lagi. uruskan urusan yang perlu.

naik komuter je. wo! nasib baik aku melawan arus. kalau tidak, tak terbayang waktu waktu dulu. waktu ulang alik seremban - kolumpo. petang petang macam ni, mesti komuter penuh dengan wangi-wangian yang sungguh memilukan.

badan dah letih.

nanti lain kali, cerita pasal affan lagi.

+++++++++++++++++++++

tambah sket pasal affan. onim cakap die tak tidur sangat malam tadi. affan asyik hok hek. mungkin dia perasan, daddy dia dah takde kat sp.

fuh!sayu!

Monday, March 30, 2009

Mior Muhammad Affan (2)

Ini kisah yang panjang. kisah seminggu yang lepas. sepatutnya, ini yang berlaku. perancangan awal aku adalah tidak pulang ke sungai petani kerana kepenatan setelah banyak travel beberapa hari sebelumnya.

ahad 22 Mac 2009, tengah hari, dapat panggilan telefon dari Onim. katanya, jantung baby tidak berapa baik. memandangkan sudah cecah 36 minggu, maka, baby sudah boleh dikeluarkan.

"okeh..tunggu d sampai" tu yang aku boleh kata pada Onim. wo! seremban dan sungai petani bukannya dekat. ada 5 jam perjalanan weh!

selepas selesai semua urusan, kemas rumah dan bagi makanan untuk ikan di akuarium, aku bertolak pulang ke sungai petani. dalam hati, macam berdebar debar. 'baby akan keluar petang ni'. terlalu banyak perkara yang bermain dalam pikiran. terlalu banyak. dari yang paling baik kepada perkara paling buruk. aku tak mampu nak sebutkan. tapi, memang terlalu banyak yang dipikirkan.

kereta, aku tak bawak laju laju. cuma kelajuan biasa. dah pesan juga pada baby,
"tunggu d sampai baru keluar, ok?"

bertolak lebih kurang pukul 1, sampai di sungai petani pukul 6 lebih sikit. tak singgah di Ipoh sebab kalau tidak, mungkin akan terlewat ke SP.

sampai di SP, terus ke hospital. ke dewan bersalin. Mama tunggu di luar. senyum biasa biasa. terus ke kaunter. minta masuk untuk jumpa Onim. Sekurang kurangnya aku boleh jumpa dia.

onim baring baring sambil sedut etanox. betul ke? gas yang bagi tak sakit. tapi, aku rasa macam takde kesan pape je die bagi. hahaha... picit2 onim. nampak dia berkerut kerut. Onim mintak aku teman dia bersalin. jadi, aku duduk di sebelah. Melihat dia menahan sakit. kesian. tapi tak mampu buat apa2.

pukul 7 suku macam tu, onim kata pada aku.

"nak terberak. panggil kak Yong" kak yong adalah staff nurse. yang sambut baby petang itu.

aku blank sekejap. nak terberak?

"CEPATLAH!" dan kene marah sekejap. hahahaha....cepat cepat aku panggil kak Yong.

dan selepas itu, aku menyaksikan satu keperitan yang hanya mampu dilalui oleh wanita di dalam dunia ini. kepayahan yang pernah dilalui oleh mak aku dulu. sedikit demi sedikit makin terlihat rambut baby. darah keluar banyak. aku turut sama meneran. bantu onim dengan bagi semangat sebanyak mungkin.

alhamdulillah, aku bukan jenis yang loya dengan darah. tiada masalah untuk terus berdiri di sisi onim sepanjang waktu penuh kepayahan itu. dan pukul 728, baby berjaya dikeluarkan.

dan selepas dibersihkan, aku ambil dari nurse untuk diazankan. dan tatkala itu, ada air mata yang mengalir di pipi. Mior Muhammad Affan sudah datang!

dan kisah masih banyak lagi.

Mior Muhammad Affan (1)



penampilan pertama!

dulu berdua. sekarang bertiga.

aku dah kembali bekerja selepas seminggu bercuti. sebab apa bercuti? aku ada kisah yang sangat panjang untuk dikongsikan dengan sesiapa je lah yang baca blog ni. kisah yang panjang. yang membuatkan hidup aku semakin ceria.

wo! dah waktu balik kerja. aku perlu pulang. mahu rehat di rumah. berseorangan.

rindu mummy dan affan.

affan?

Friday, March 20, 2009

Jun. (bukan nama orang, tapi bulan)

antara kegemaran aku dan onim adalah berjalan jalan melawat kawasan. pergi ke negeri orang dan melawat tempat2 menarik. tapi, sejak bekerja dan sibuk ditambah pula dengan onim yang membawa manusia kecil di dalam perut, aktiviti menjadi terhad seketika. hasilnya, aku tidak berape ingat bilakah aku dan onim berjalan jalan bercuti. mungkin, kalau tak silap aku, pergi berkelah di pantai Port Dickson.

masih di dalam negeri. tidak keluar.

jadi, aku memikirkan perlu untuk mencari masa untuk bercuti bersama selepas manusia kecil sudah keluar nanti. hajat di hati untuk membuat umrah bersama satu keluarga tapi, selepas ditambah dan ditolak dan dibincang dan bersembang, kemungkinan mungkin umrah itu ditangguh dahulu. jadi, bukan tahun ini.

Ya Allah, berikanlah kami kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu. Terimalah kami sebagai tetamuMu di sana.

dan Onim dan keluarga bercadang untuk melihat negeri di bawah bayu. kali terakhir aku jauh terbang ke malaysia timur adalah tahun 2000. itupun terhad ke labuan kerana perlawanan bola sepak. datang sebagai injured player yang sedang recover. akhirnya tak main pun. tak sempat pulih.

jadi, mungkin sekali, aku dan onim dan keluarganya akan ke sana. ayah cadangkan kami jadi backpackers saje. tak perlukan ejen2 untuk hotel2 mahal. cukup sekadar bilik2 biasa. kerana tujuan yang paling utama adalah berjalan jalan di sekitar negeri di bawah bayu itu.

tapi, itu bulan disember nanti. masih jauh untuk membuat perancangan yang rapi.

jadi, aku memikirkan untuk satu program dalam masa yang terdekat ini. (tidaklah terlalu terdekat sebab onim dijangka bersalin dalam 2 atau 3 minggu akan datang, dan berada dalam pantang selama 44 hari, berehat untuk seminggu dua, dan kemudian baru boleh bergerak lebih aktif), maka, program mungkin dilakukan seawalnya bulan jun.

maka, Jun, mahu ke mana?

gerai jual laksa dan air sirap lengkong belakang esso dan mobil

aku ingat lagi waktu dulu, waktu ade satu gerai jual laksa dan air sirap lengkong berniaga tepi jalan. belakang esso dan mobil, jalan nak menghala ke taman ampang.

aku ingat lagi waktu dulu, waktu minggu pertama dan kedua gerai dibuka, pencapaian menjual 11 atau 12 bungkus laksa dalam sehari adalah satu pencapaian bonus. atau dalam erti kata lain,

bawah 5 bungkus adalah malang (berlaku di hari hari awal) (disebabkan takde pasang payung, sebab tu orang tak tau)
atas 5 bawah 10 adalah sederhana. atau boleh la dipanggil, alhamdulillah. rezeki biasa biasa. kalau maintain, ok la.
atas 10, wo! pencapaian yang baik. bonus untuk hari itu.

dan semakin hari, semakin ramai orang yang kenal dengan gerai jual laksa dan air sirap lengkong belakang esso dan mobil itu. dari satu meja tempat menjual laksa, dah mula pasang dua meja untuk support ruang untuk nyah berniaga mee kari dan nasik lemak ayam.

dan orang makin ramai. muka muka yang biasa membeli pun dah semakin kerap datang. selang sehari mungkin. dan budak budak balik mengaji dan budak budak poli pun datang sama. budak abis main bola petang petang pun ada singgah.

ini ada sedikit perkauman sikit.

dan orang kata, kalau sesuatu makanan buatan melayu tu betul2 sedap, maka orang cina pun akan datang beli. kalau ade restoran melayu yang cina dok makan sekali, maknanya, kedai tu memang sedap la.

dan memang benar. ramai orang cina datang membeli laksa di gerai jual laksa dan air sirap lengkong belakang esso dan mobil itu. dan jualan hari hari biasa sudah mencapai lebih 20. perkiraan ketika itu adalah seperti ini,

kurang 20 bungkus adalah lemah. (terjadi ketika mak mula mengubah resepi dengan mengurangkan bahan bahan bagi menjimatkan kos. akhirnya, ditegur oleh supervisor dan kembali semula dengan resepi asal. dan menjadikan laksa itu sedap kembali)
lebih 20 dan kurang 40 adalah biasa. rilek rilek je abis dalam sehari.
lebih 40 adalah bonus. mengagumkan dan kebiasaannya berlaku tatkala di hujung bulan dan awal bulan.

sebut pasai cina yang membeli tadi, ada satu kisah lelaki cina yang datang ke gerai jual laksa dan air sirap lengkong belakang esso dan mobil itu. pertama kali dia datang, biasala. dan kali kedua dia datang, dia sudah beli lebih dari dua. buat orang di rumah katanya. kali ketiga dia datang, dia angkut bini dia dengan motor. dia cakap,

"takpa, nanti kalau saya balik lambat, isteri saya tau mana mau cari laksa ini."

dan perniagaan semakin menunjukka kemajuan bila sudah 2 meja sudah dibeli untuk dijadikan tempat pelanggan untuk makan di situ. kerusi ada 8. cukup untuk pelanggan pelanggan yang mahu singgah makan. kadang kadang ada couple datang makan. pernah satu kali, abang lori datang singgah makan. ada kadang, lelaki lelaki kerja datang makan. dan yang paling menarik bila ada dua auntie cina sudah bawak gerombolan budak budak datang makan situ.

yang budak makan dengan semangat. tak mau telur la. tak mau sayur la. mau laksa lebih la. mau cabai lebih la. memang betul betul maju. sampai satu tahap, ada rancangan mahu bukak satu cawangan gerai lagi dekat tempat lain. waktu itu, 40 bungkus lebih satu hari adalah biasa. kalau tak sampai, rasa macam ada tak kena.

sampai satu hari, bos gerai sudah dapat offer kerja tempat lain. gerai jadi slow dan akhirnya tutup sebab tiada semangat untuk meneruskan lagi. atau mungkin sekali sebab tiada pekerja untuk menjaga gerai lagi.

dan sekarang ada satu gerai bukak dekat tempat yang sama. kalau tengok dari jauh ada jual laksa juga. ada jual goreng pisang juga.

kawan! kalau u pelan pelan kayuh. sambil sambil u rancang macam mana mau maju. sambil jaga u punya kualiti. satu hari nanti, u pasti berjaya.

wo! rindu gila saat saat mengira jumlah jualan hari itu. ada plan mau buat lagi?

Thursday, March 19, 2009

memasak nampak seperti mudah. perkataan yang perlu diberi perhatian adalah nampak.

milo satu mug pagi tadi sebelum pergi kerja dan perut aku masih kosong. sudah sampai waktu untuk diisi. walaupun sebenarnya masih banyak lagi lemak lemak berlebihan, tapi, sekurang kurangnya, tambahan makanan pada waktu pagi ini boleh dijadikan pengganti untuk tidak makan makanan berat pada waktu malam.

.

seingat aku, selepas kira kira cuma 4 atau 5 kali sahaja aku buka peti ais sejak balik ke seremban ni, cuma ada beberapa bahan yang ada di dalam peti ais itu. sekilas pandang, yang aku perasan, ada telur beberapa biji, sos thousand island, ikan bilis, sayur (tak pasti sayur apa), susu pekat manis, ikan (ada ke kat tempat beku tu? tak sure), dan beberapa bahan lain.

wo! onim mesti cakap. tak obzeben langsung.

.

setelah meneliti (secara peintas lalu), bahan bahan yang ada, aku kalau mengikutkan perasaan rajin, boleh memasak sesuatu malam ini. selepas malam tadi, aku cuma mengunyah honey star tanpa susu dan quaker oat tanpa susu, maka, aku perlu bertindak sesuatu. dapaur perlu diasapkan. bahan sudah sedia. beras baru dibeli waktu mak dan ayah datang seremban itu hari. persediaan sudah cukup rapi.

wo! malam ini akan benar benar menguji keupayaan aku.

.

tapi itu hanya untuk malam nanti. yang sekarang ini. aku perlu melihat lihat kedai kedai makan yang berdekatan dulu. kalau kalau ujian memasak itu terlalu berat. aku ada back up plan.

wo! back up plan nampak lebih serasi.

Wednesday, March 18, 2009

apabila kita melalui perkara bersama sama. maka kita fikirkan perkara yang sama

sebenarnya, ini tambahan untuk entri sebelumnya. dan secara jujur jujurnya, aku tidak melihat terlebih dulu apa yang miiiiiii...lo tulis.

dan selepas aku berjaya mengakses kembali internet dan menghantar posting itu, baru aku jenguk apa yang dia tulis. hehehe...sama la.

ini memang merpati dua sejoli. cuma seekor berwarna putih. dan seekor lagi nampak lebih gagah. atau mungkin aku boleh katakan ada positif dan negatif bagi setiap perkara.

wo! ini memang sungguh sungguh merendahkan diri sendiri.

sibuk aku (menulis blog) hari ini.

nak geli, korang geli la.

hazwan, apa buat?

semula! 1 hari di Seremban berseorangan.

aku bangun awal hari ni. pukul 5 pagi. hahaha...sebab aku perlu siapkan sedikit kerja untuk hari ini. mungkin juga sebab aku tak boleh terlalu lena tidur sebab malam tadi, aku baru saje sampai dari sungai petani.

penat yang amat. dan aku yakin sangat sangat, kalau aku tidur lena, mungkin aku akan terlajak sampai ke pukul 9 atau 10 pagi.

jadi, sekarang mata aku sudah menunjukkan tanda mengantuk. sudah ada tarikan tarikan saitan di hujung bulu mata. oh! tiada yang jatuh. kalau jatuh maknanya, ada orang rindukan kita.

baru selesai satu kerja. tapi ada banyak lagi kerja di atas meja ni. selepas bercuti agak panjang, seperti budak budak yang bercuti sekolah, aku kembali ke opis dengan penuh surat atas meja. ada yang perlukan tindakan segera. waaaaa..... penat seh.

rasa nak gi jual laksa je tepi esso balik. kekekeke... takde la pressure sangat. kekekeke...

pagi tadi tak sempat sarapan di rumah. walaupun aku dah masak air, tapi disebabkan pergerakan aku agak slow pagi tadi (kesan perasaan malas), maka, pukul 745 baru aku selesai semua. tinggal belum gosok gigi je. jadi, selepas menggosok gigi sebelum keluar rumah, jam sudah hampir 750. maka aku perlu keluar dengan tergesa gesa.

wo! jadual aku tak betul adjust lagi. mungkin aku perlukan beberapa hari untuk kembali normal. tapi, kalau manusia kecil keluar? wo! cuti lagi!

onim pun nak ber blog jugak

hehehe... onim pun baru mula nak tulis blog. bosan sangat la tu.

hehehe... mmmiiiiiiiiiii......lo!

selamat datang.

milo

bukak dulu. bukak dulu.

miiiiiiiiiiiiiiiiii....lo.

hehe.

pap!

Tuesday, March 17, 2009

sebelum bertolak ke seremban 1

it's time to go back to seremban. agak malas setelah lama bercuti. dan menunggu manusia kecil yang masih belum mahu keluar memikul beban dan tanggungjawab hidup di dunia. mungkin ada lagi urusan yang belum selesai di dalam sana yang menangguhkan ketibaan manusia kecil ke dunia aku dan onim.

lepas makan tengah hari, nak bertolak balik. singgah sekejap di ipoh kot. lepas tu baru nak gerak ke selatan. waaaa...esok dah nak mula kerja. takpelah...aktiviti berseorangan di seremban akan dimulakan sekali lagi.

jangan tiba tiba manusia kecil buat hal lagi sudahlah. kalau itu berlaku, dan mengikut perkiraan perjalanan aku dari sp ke seremban ke sp ke seremban dan ke sp semula, mungkin jarak perjalanan itu sama seperti dari sp ke taiwan.

waaaa.....sudah jauh aku berkelana.

kekekeke....kenapa aku mengarut banyak sangat ni. ntah lah. jiwa kacau kot nak meninggalkan onim berseorangan di sp. dan aku? berseorangan di seremban. oh, kita serupa.

Thursday, March 12, 2009

hari hari berseorangan di seremban - tangguh

sepatutnya sekarang aku berada di seremban. bekerja dan mengisi masa lapang berseorangan. tapi, itu semua harus ditangguhkan dahulu. dan sekarang aku di sungai petani. menunggu kedatangan ahli baru dalam keluarga aku.

wo! aku mahu tulis panjang sebenarnya. tapi sekarang perlu ke hospital sekejap. onim di wad. kene tahan sejak selasa. manusia kecil masih segan segan mahu keluar. belum sampai masa.

aku bagitahu semua bila dia sudah tiba.

Tuesday, March 10, 2009

1 hari di Seremban berseorangan

sepatutnya aku dah mula menulis perihal ini sejak semalam. sebab mulai semalam, aku sudah berseorangan di Seremban. Onim sudah dihantar pulang. sebagai persediaan dan memudahkan dia untuk melahirkan manusia kecil.

(oh! cuma makluman. terbaru, manusia kecil sudah punya berat 2.38 kilogram. wa ha ha ha ha. lagi 80 kilo lebih untuk menyamai berat aku)

dan Seremban sudah jadi sunyi. kalau malam malam sebelum kau tidur, kau ada teman untuk bersembang. gurau senda. tapi sekarang dah takde.

Kalau waktu bersarapan, kau boleh gembira gembira, pagi tadi aku cuma mengadap dua biji telur separuh masak dan kicap bercampur lada. dan rumah yang kosong.

wo! sayu weh.

dan ini memang entri luahan hati. mungkin masih baru baru lagi. sama macam waktu awal awal dulu aku melangkah ke asrama. ada saat saat awal yang aku sedih juga. walaupun bukanlah jauh sangat rumah dan sekolah.

ada banyak lagi hari hari untuk aku lalui sebelum onim dan manusia kecil balik ke seremban. sementara itu, mungkin aku boleh berikan sepenuh masa untuk kerja.

sekian.

"hazwan, apa buat?"