onim bawak affan pergi hospital pagi tadi. amik result ultra sound yang dibuat aritu. nak check dalam badan. kalau kalau ade problem pape.
alhamdulillah, semua ok. dan doktor timbang berat affan.
dah 3.3 kilo. walawei. patut aku tengok tangan dia macam dah gemuk sikit. huhuhu...rugi le orang kat ipoh sebab dah lame tak tengok apam. (sebab die dah gemuk sikit)
atau dengan kata lain, ni taktik nak ajak kome kome datang sp la ni. kekekeke....
Monday, April 20, 2009
yang aku perasan. entah betul entah tidak.
sekarang ni di perak sedang ada sedikit krisis. antara rakyat jelata. pakatan rakyat. barisan nasional. dan kumpulan istana.
dan dalam masa yang sama, di thailand juga sedang berlaku krisis. kumpulan kuning dan kumpulan merah.
dan yang aku perasan.
setiap malam, waktu berita di tv3. setiap kali lepas aje cerita pasal krisis di perak. tak kesah la pasal ape pun topiknya, mesti berita selepas tu adalah berkenaan krisis di thailand.
ni yang aku perasan sejak satu dua hari ni.
adakah disengajakan atau tak, aku tak tau. cube tengok malam ni. adakah betul perasaan aku atau aku cuma perasan je.
adakah ini satu jarum halus yang sedang ditaburkan? entahla...

Monday, April 13, 2009
isnin disunatkan berpuasa.
Kak Ida. salah sorang kerani dalam pejabat ni.
"Encik? Tak minum?" dia tanya.
"Sekejap lagi. baru 9 setengah" aku jawab
"Oh. puasa?" dia tanya.
"hehehe..." aku senyum.
"Puasa ya! zahir dan segalanya" dia kata.
cis!

enjoy the moment
dah kembali ke seremban. sampai subuh subuh tadi.
semalam dan hari sebelum semalam aku di SP.
sekarang ni, hari bekerja di seremban, hari minggu di SP. aku naik bas. hehe...kalau aku jogging, mungkin sekarang ni, aku dah sasa. stamina penuh di dada. jantung macam berdegup 10 kali je seminit. power lebih. tapi. aku naik bas. aku tak jogging dari SP ke Seremban.
Onim cerita pasal Affan sket kat sini.
yang dia tahu cuma menangis bila dia perlukan sesuatu.
dah berak. nak minum. nak tido. panas. dan entah apa lagi kemahuan dia yang aku pun tak paham lagi.
dan semalam, lepas onim penat penat menjaga dan mengadu pada aku. aku ingatkan dia sesuatu.
"enjoy the moment"
"sekarang ni dia cuma tahu menangis. tapi, sekurang kurangnya, dia cuma terbaring. nanti nanti, bila dia dah tahu berguling? dah tahu merangkak? dah tahu berjalan? dah tahu bercakap tanpa henti? dah tahu menconteng? dah tahu macam macam? mungkin lagi penat untuk melayan kerenah itu."
dan onim setuju.

Wednesday, April 8, 2009
3 hari di Port Dickson. yang utama.
ke Port Dickson tiga hari. urusan kerja. berbengkel.
dan tugasan aku adalah sebagai peserta merangkap pengacara majlis sepanjang 3 hari.
tapi, yang sebenarnya yang aku nak highlight kan adalah, makan sepanjang 3 hari ini ditanggung.
alhamdulillah. tidak lagi cuma megi di malam hari.
sekian.

jampi mudah.
mak mentua aku ajarkan.
bila baby seperti tersedak atau seperti meragam atau seperti tidak selesa.
bismillahirrahmanirrahim. (maaf kalau tidak setuju perkataan itu ditulis dalam tulisan rumi.)
PHUANG!!!
bunyi: fu wang.

Tuesday, April 7, 2009
ini entri peribadi. tidak perlu baca jika kamu bukan Hazwanim Md Hashim.
ini cerita itu hari. waktu onim bersalin.
aku bukan nak bukak cerita lama. tapi, aku cuma keluarkan apa yang otak aku simpan.
pengalaman melihat orang bersalin, di depan mata adalah sesuatu yang sangat hebat. bagi aku.
aku yakin, memang kita boleh tengok proses kelahiran tu melalui youtube atau mana saja yang kite boleh cari, tapi, pengalaman sendiri itu lebih berbeza. tambah pulak, yang sedang bertarung untuk kehidupan itu adalah orang yang kita sayang.
aku tak tahu bagaimana rasa sakitnya itu. dan aku tak mahu rasa kesakitan itu. biarlah cuma wanita sahaja yang merasakannya di dalam dunia ini. tapi, aku tahu onim sakit. aku tahu onim teramat sakit. cuba masukkan jari ke dalam mulut dan jolok sehingga ke kerongkong. dan cuba pula bayangkan satu genggaman penumbuk masuk ke dalam kerongkong.
wo! gila!
dan aku sangat sayangkan onim atas segala usaha dia. sejak dari awal mengandung dia sudah sakit sakit. dengan mabuk yang tidak henti henti. makan sikit je, muntah. dan beberapa kejadian yang kadang kadang merisaukan.
tambahan pulak, sebagai seorang doktor, onim akan cuba kaitkan semua permasalahn tu menjadi satu penyakit. walaupun, bagi aku, sorang orang biasa akan anggap, "ala, takde pape"
dan akhirnya, pertarungan dia pada 22 mac 2009 itu adalah yang paling hebat aku saksikan. dan untuk kemenangan dia, aku berikan sepenuh hati untuk kasih sayang aku.
terima kasih!

sedu.
yang aku belajar dan ingin kongsikan.
apabila bayi tersedu, ambil sedikit cebisan tisu, kecil dalam saiz 2 mm X 2 mm
basahkan.
dan letak di dahi bayi.
dan selang beberapa beberapa sedu, ia akan hilang. bukan tisu tu. sedu tu la.
percaya?
aku pun tak berapa. tapi, sebab onim asyik minta aku buat macam tu setiap kali affan tersedu, aku pun follow je la.

ini aktiviti yang aku lalui weekend. onim pulak hari hari.
aku kesian dekat onim yang sekarang ada di sp. kalau ikut cerita dan aduan aduan dia setiap hari, rasa kesian. sebab affan selalu ragam. bila siang, die tido yang macam tak ingat dunia. dan bila malam, dia akan berjaga setiap satu jam. dan kadang kadang bangun dan merengek tak henti henti. dan onim kene berjaga untuk melayan kehendak affan yang kadang kadang aku pun tak tau ape yang die nak.
dia bangun. rengek2 kecil. aku dan onim akan buat tak tau. sebab menurut apa yang aku baca, kalau baby bangun sekejap dan merengek sikit2, biarkan dulu. nanti die akan lelap balik.
dan bila mata die terbukak besar. aku tahu, die akan merengek lebih kuat lagi. dengan kekuatan yang dia ada, tangan dia dan kaki akan menolak kuat2 kain yang membedung badannya itu.
bila tak mampu, akan menangis kuat.
dan dia perlu didukung rapat2 dengan badan. dan die akan lelap. dan bila diletakkan semula ke tilam, die akan buka mata kembali.
dan merengek lagi.
dan diberi minuman pula. dari onim. dan dari enfalac. (kalau mak aku tau, aku bagi minum susu tepung, mampoih!). dan dia akan terlelap lagi seketika.
dan bila die merengek lagi selepas itu, mungkin pampersnya sudah penuh dengan tahi tahi. bangun untuk ditukar. dan bila die terjaga lagi. mungkin dia lapar lagi. bangun untuk susu lagi.
dan sehingga pagi, itu semua akan berulang ulang.
dan pukul 8 pagi, dia akan tidur lena. sehingga pukul 12 tengah hari lebih kurang.
bangun dan makan. (minum susu la)
dan tidur sehingga petang.
bangun dan makan lagi. (minum susu la)
dan tidur sehingga pukul 8 atau 10.
dan ulang kembali aktiviti.
aku ingat, biological clock dia kene setting balik la. affan...affan....

Saturday, April 4, 2009
Friday, April 3, 2009
waktu earth hour itu hari.
selain manusia, yang lain lain di atas muka bumi tidak punya tanggungjawab memadamkan lampu waktu earth hour itu hari.
burung sudah pulang ke sarang.
kucing terhendap hendap mengintai tikus.
singa tidur selepas penat berburu.
gajah berak tahi yang besar.
keldai e hok e hok tidak berhenti.
kunang kunang mencari kawan.
cacing dalam tanah dan di dalam bekas polisterin sibuk makan dan menghadam.
monyet bergayut di hutan.
panda mengunyah daun bamboo.
arnab di reban mengawan.
dan manusia.
sedang rilek rilek di depan televisyen melayan Akademi Fantasia.
dengan lampu menyala macam tak ada apa apa.

membesarkan seorang manusia (2)
Aku tak tahu pun yang dulu dulu lama dulu, mak dan ayah aku selalu terjaga malam tatkala aku menangis disebabkan ketidakupayaan aku mencari makan sendiri.
tatkala aku dibedung dan tidak punya kuasa melainkan menangis minta simpati mendapatkan makanan.
dan aku yakin sangat sangat mak ataupun ayah aku akan terbangun begitu banyak sekali bila di bontot aku penuh dengan tahi yang aku tak tahu dan tidak upaya untuk mencucinya sendiri.
dan dua orang itu akan memastikan aku selesa kembali.
kalau satu hari dulu, aku percaya, seekor nyamuk yang mengigit aku akan dikejar, di tangkap dan dipastikan dilenyek hingga mati kerana menyebabkan kulit di badan aku tertinggal kesan kesan merah gigitan.
(kakak aku dibebel oleh mak disebabkan satu kesan gigitan nyamuk di badan zuhrah atiqah. wo! onim! pastikan nyamuk tiada di sekitaran)
waktu aku dihantar ke sekolah, pesan ayah pada guru, 'anaknya ini boleh dipukul, dirotan, dimarahi jika dia bersalah. asal saja tidak sampai melibatkan kecederaan patah, lebam teruk dan yang berkaitan dengannya'
dan untuk guru anak aku, kamu jangan bimbang kerana apa yang ayah aku pernah sebut dulu kepada guru aku, aku akan ulanginya kepada kamu.
tapi untuk ke sekolah, masih lama lagi. yang penting sekarang, mummy dan daddy sangat gembira kerana kamu ada. sekarang kami berdua ini akan mula belajar susah senang membesarkan seorang manusia.

membesarkan seorang manusia
macam mana mak ayah aku besarkan aku dulu, macam tu jugak aku nak cuba besarkan anak aku. mungkin lebih baik lagi. tapi, bukanlah bermaksud mak ayah aku tak besarkan aku dengan baik. bukan macam tu.
lebih kepada, takkan la nak jadikan anak aku sebijik macam aku. mesti nak dia jadi lebih baik. lebih bagus dari diri aku.
contohnya, aku cuma bagi contoh.
kalau mak dan ayah aku berkelulusan degree. aku pulak punya master. wajarlah kalau aku inginkan anak aku untuk punya PhD. lebih baik dari aku. dan menambah value kepada keturunan dan susur galur keluarga aku.
satu lagi contoh.
kalau aku dibesarkan dengan didikan agama yang cukup asasnya. faham halal haramnya. tahu mana betul dan salahnya. mestilah aku mahu anak aku lebih mendalami ilmu yang aku tahu. bukan sekadar tahu dan faham asasnya tapi lebih mendalami yang tersirat dan tersurat tentang sesuatu itu.
itu yang sebenarnya.
maka, untuk kamu, Mior Muhammad Affan, yang terbaik untuk kamu akan kami usahakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)