Thursday, May 28, 2009

menulis buku. idea.idea.idea.

aku nak menulis cerita. buat buku. buku cerita. bahasa melayu. nanti bila buku tu jadi famous, ada orang translate ke pelbagai bahasa. kaya kaya.

so, sebagai permulaan, aku kene mulakan dengan idea. apa cerita yang aku nak buat. genre apa. hantu ke. misteri ke. kisah perisikan ke. kisah kanak kanak ke. cinta cinta ke. sedih ke. sains fiksyen ke. drama ke.

jadi, genre apa yang sesuai.

hantu? aku kurang knowledge. lagipun pengalaman tu sendiri takde. susah nak tulis bende yang aku kene reka sendiri. setakat kene tindih waktu tidur tu, aku dah bace dah, secara saintifiknya, sistem badan tu sendiri yang menjadikan kita rase tertindih. nerve system tu sendiri. carik la sendiri kat internet. ada explaination dia.

kisah penyiasatan? macam tiga sekawan menewaskan geng perompak? macam zaman dulu dulu punya buku. rasa macam tak in la pulak. lagipun, otak aku bukan jenis CSI. kalau setakat ilmu kromosom, DNA, sistem pernafasan, research methodology, 12000 rpm, inoculation, yang tu aku tau la. tapi, bab bab nak menulis jenayah, aku macam kurang masuk sikit.

sains fiksyen? alien. ataupun macam lord of the ring? mencipta satu dunia baru. dunia yang cuma mampu dibayangkan oleh akal. dunia yang tak wujud. kemudian dengan makhluk makhluk kecil. gergasi. ayam bercakap. kambing terbang. manusia yang bertukar menjadi lipas. dunia macam dunia DOTA. ada witch. ada singa. ada balanar. ada doom. dan bermacam makhluk aneh. aku rasa, aku bukan jenis berkhayal punya orang. tahap kreativiti aku macam terhad. dah nama pun background sains. lebih pada fakta. bende yang aku nampak. kalau nak bayang bayang kan, macam susah sikit. sebab tu la agaknya aku tak berapa bijak kimia kot. asik nak pikir zarah zarah ion, kalium, natrium, aurum, hidrogen, oksigen, permanganat, kalsium. wah!

cerita cinta cinta? errr...errrr...takpelah. dah bersepah buku jenis ni kat MPH, popular, kedai mamak.

cerita sedih sedih? ni pun buku biasa jumpa. lagipun macam banyak jugak orang bukan buku sedih sedih. terpisah masa kecik. sorang hidup melarat. sorang hidup mewah. berjumpa. tapi tak kenal. berkawan baik. jumpa penjahat. penjahat tembak. sorang koma. lepas tu mak cerita yang tu adik. sedih. cuba sedaya upaya selamatkan adik yang koma. akhirnya, abang jatuh kerusi, terhantuk kepala kat dinding. mati. adik pulak terjaga dari koma.

so, cerita jenis apa yang aku nak tulis?

ntah. esok esok la aku pikir. tak senang sekarang. affan asik ragam je sehari ni. onim bagitau le. sebab onim ngan affan kat SP sekarang. aku lepak sorang kat seremban. huh! bosan!

Tuesday, May 26, 2009

berak

ini bahan bacaan yang tidak senonoh.

aku sudah pesan awal awal.

sekali lagi.

ini bahan bacaan yang tidak senonoh.

o'....ooooooooo'.....

o'....oooooooo'....

jahat betul taik ni. keh. keluar....

ooo'....ooooooo'.....

bret..bret...

ok. keluar pun.

dah. affan tak nangis teruk lagi.

jahat taik ni.

Thursday, May 21, 2009

kawan kawan affan




ladybird, ulat dan bee

apa tengok tengok....

bodi affan....bodi..bodi....

Wednesday, May 20, 2009

knowledge sharing

di pejabat ni, setiap selasa dan kamis pagi akan ada sesi perkongsian ilmu. (knowledge sharing)

setiap kakitangan akan bergilir gilir setiap hari itu. seorang sehari dan semalam aku terima ilmu yang sangat menarik. dari CC pejabat ni yang juga merupakan seorang yang ada terlibat dengan kerja kerja di istana negeri sembilan.

wo ho! macam hebat. so, sesi semalam cerita pasal adat pepatih dan adab adab bersama raja. atau di Negeri Sembilan ni, Yang Di Pertuan Besar la. dari cerita menjunjung duli, pacal pondok, pacal didik, patik bermohon, masuk suku, buapak, penghulu luak, Yang DiPertuan Besar Tampin, dan bermacam lagi ilmu yang aku rasa menarik. kalau buat kursus satu hari pun aku sanggup nak dengar pasal adat ni.

oh! cerita pasal masuk suku tu, ade jugak cerita pasal diqadimkan la. kompem korang tak tau mende tu. tapi, tu la ilmu yang aku belaja.

oh. yang akhir. kalau nak argue dengan raja, ayat moleknye, patik pohon sembah derhaka. itu memang bahasa istana. eh. macam pernah kudengar.

hik!

Tuesday, May 19, 2009

hari guru.

itu hari aku dah cakap nak tulis pasal hari guru. walaupun dah lepas, aku tulis juga. sebab aku rasa guru guru yang dah mengajar aku sepanjang alam sekolah dulu memang banyak sangat jasa dierang pada aku.

mula dari sekolah rendah la. sebab masa tadika, walaupun aku memang hormat pada cikgu nurul huda, tapi, memori dalam otak aku cuma ingat beberapa benda aja. bermain seharian. belajar ABC dan membaca yang aku dah tau awal sebelum masuk tadika. main kawin kawin. masuk dalam tayar besar gedabak yang disedia khas untuk budak-budak tadika bermain. berak di tadika dan nampak cacing bergerak2 di tahi. masuk pertandingan nyanyian yang aku jadi tukang tiup2 alat muzik ape bende ntah aku pun tak tau nama dia. berkawan dengan saleh (aku pun tak tau die kat mana dah sekarang ni, ntah2 die pun dah tak kenal aku). jadi, kaitan aku dan guru tu agak kurang. papepun, cikgu nurul huda tetap guru tadika yang mengajar aku. terima kasih untuk setahun itu.

sekolah rendah. aku tak nafikan jasa2 guru guru yang pernah mengajar aku. tapi, aku rasa yang patut aku highlightkan adalah dua orang cikgu yang bagi aku sangat berjasa besar dalam menjadikan aku terus bijak. kalau ikut cakap mak, aku ni berotak bijak. cuma malas. dan guru ini adalah puan azizah dan puan Ng. aku confirm, cikgu2 ni tak baca blog ni. tapi, aku tetap berterima kasih yang sangat banyak kepada dua cikgu ni. dengan kerja sekolah yang melampau tahap gila dewa punya banyak. dengan rotan dan pembaris kuning panjang. dengan tamparan. dengan jeritan. dengan jelingan. dengan pelbagai jenis hukuman yang menyebabkan aku jadi budak yang lebih baik dan bijak. walaupun semua tu atas usaha aku jugak tapi, aku tetap rasa kalau dua cikgu ni tak push kiterang satu kelas, confirm pelajar2 dia takkan jadi bijak macam sekarang ni. puan Ng ajar matematik dan bahasa inggeris. Puan Azizah ajar bahasa melayu. cukup la 4 mata pelajaran peting untuk UPSR masa tu. (oh, UPSR tahun 1995 cuma 4 subjek saja). dan untuk segala macam yang korang berdua dah buat, aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga.

masuk sekolah menengah. kalau tingkatan 1, aku lebih ingatkan pada cikgu saodah. cikgu bahasa melayu yang aku pernah buat dia kecewa kerana pembaris kepunyaan cikgu saodah ni telah dipijak oleh aku. dan aku buat rilek2 tak tau. dan dibelakang pembaris tu ada tulis SMZ. saodah mohd zain. dia minta aku berikan pada dia. aku yang tak perasan yang pembaris tu dia punya boleh selamba cakap, "tak tau la cikgu ni pembaris sape". papepun, minta maaf untuk itu. tapi, terima kasih aku untuk kamu.

masuk tingkatan 2, cikgu yang aku ingat dan kisah yang paling aku ingat, waktu kelas agama. ustad wuron. wan harun. yang telah mengarahkan aku berjalan sepanjang padang ragbi depan blok kelas form 1 form 2 untuk mengajar seorang rakan yang susah sangat nak hafal ayat hafazan. malu? aku takde la nak malu sangat sebab bukan aku yang salah. tapi, entahla, itu kenangan yang aku ingat dan terima kasih untuk ilmu2 yang kamu beri. (pernah sekali wuron katok kepala aku kuat gila babi sebab aku tetiba blank bila die nak jawab "apa itu iman?")

masuk tingkatan 3, cikgu azmi mungkin cikgu yang aku paling ingat. dengan kamus besar, tatabahasa dewan, sape yang tak boleh lupa cikgu sorang ni. dan aku gile respek sebab tatabahasa dewan tu die boleh hafal muka surat ni, muka surat tu untuk rujukan ajaran dia. tapi, bila pikir2 balik, sah sah la die senang nak ingat sebab setiap hari dia ajar pakai tatabahasa dewan tu je. tapi, dia cikgu yang hebat dalam bahasa melayu. terima kasih untuk segala ajaran kamu.

masuk tingkatan 4 dan 5. ada dua guru yang aku sangat hormat. bukan bermaksud aku tak hormat guru lain tapi, ajaran dua guru ni paling aku minat dan paling aku suka. cikgu grace dengan cikgu tan. sorang ajar fizik. sorang ajar add math. sebab cikgu grace la, aku kenal chicken soup for the soul. tiap hari sebelum kelas, dia akan mulakan dengan baca satu kisah dari buku tu. satu motivasi untuk budak kelas. walaupun aku cuma skor A2 untuk fizik, tapi, aku tetap bangga sebab pernah belajar dengan cikgu hebat ni. senang cerita, satu batch la suka cikgu ni. suara dia, aku ingat, kalau menjerit tu, mungkin boleh dengar sampai ke sayong. seberang sungai perak nun. tapi, tak pernah pulak aku tanya orang2 sayong tu samada dierang eprnah dengar cikgu grace menjerit ke tak.

cikgu tan plak memanmg cikgu paling dedicated yang amat sangat. walaupun dia jujur yang sampai orang rilek2 je waktu die ajar, tapi disiplin dia, semangat dia, kerajinan dia, memang takde cikgu lain boleh tewaskan. dah la datang sekolah awal gile babi. lepas tu masuk kelas ajar dengan tekun tak ingat. bagi latihan kat student. aku tak skor subjek ni. tapi, sebagai anak murid, aku doakan dia terus sihat untuk sumbang ilmu dia kepada manusia manusia di muka bumi ni.

dan semua guru adalah terbaik bagi aku. semua yang pernah mengajar aku, aku ucapkan terima kasih dan selamat hari guru. hari guru adalah khusus untuk mereka yang bergelar pendidik yang dah banyak mencurah segala ilmu kepada murid murid. kalau aku jumpa cikgu cikgu ini, mereka masih seorang guru pada aku. dan aku kekal anak murid untuk mereka.

cheers cikgu!

19.5.2008 - 19.5.2009

setahun. aku. onim.

1998 - 2008. sepuluh tahun. aku. onim.

untuk sehari yang sangat penting ini, aku cuba menggelikan diri sendiri.

oh! tidak! aku serius.

ini benar benar serius.

kamu yang baca boleh geli.

tapi aku tidak.

aku serius. lihat aku serius.

sebab itu.

hari ini. dan esok esok. dan nanti nanti. dan yang telah terlepas masa yang dulu dulu.

mior ahmad shah sangat cintakan hazwanim md hashim.

selamat pengantin baru! oh! silap.

selamat ulangtahun perkahwinan yang ke satu.

Friday, May 15, 2009

entri untuk ibu mior muhammad affan sempena hari ibu yang lepas.

terima kasih untuk onim yang aku kenal sejak tahun 1998 dulu untuk segala kepayahan yang ditanggung semenjak melahirkan mior muhammad affan.

ketika aku berdiri di sebelah melihat kamu berperit jerih menahan sakit melahirkan seorang manusia, aku tahu aku takkan mampu menahan kesakitan maha hebat itu.

dan untuk kamu, hazwanim md hashim, terima kasih kerana memberi penyambungan kepada keluarga ini.

tanggungjawab ibu itu untuk kamu. walaupun, aku dah mula nampak ada perangai2 affan yang mirip mirip seperti kamu. apa dia? kamu tahu.

dan untuk segalanya, sejak kamu bergelar ibu, kasih sayang ini semakin merebak rebak ke dalam diri. oh! aku dibius cinta....

maaf, kelewatan amat dikesali.

esok adalah hari guru

untuk Puan Aminah binti Sakio

juga seorang guru.

selamat hari guru. disebabkan entri sebelum ni saya dah menulis pasal kamu, jadi, maaf ya! entri untuk hari guru saya simpankan untuk guru guru formal di sekolah saya dulu.

ish...jangan kecik hati. macam mana pun, kamu tetap seorang guru pada saya. dari waktu oksigen yang pertama hingga oksigen yang terakhir yang akan saya terima.

so, roger!

hari ibu. entri lambat. tapi tak kesah la kan?

sakit waktu kamu lahirkan aku dulu
aku tidak rasa dan tidak pernah tahu
tidur malam mu yang terganggu

demam

batuk

bisul di kepala

patah tangan

balik lewat pukul 7 malam

degil

kencing malam

malas belajar

tinggi suara

dan apa juga yang pernah aku buat dulu dulu yang tidak senang di hati kamu
aku pohon kemaafan
sebab untuk hari ibu yang dah lepas itu
aku cuma mampu berikan kamu kek yang tidak enak
dan doa doa agar kamu terus sihat untuk melihat lagi
anak kamu yang satu ini menjadi insan yang lebih berguna

aminah binti sakio. kamu mak saya.

setelah rehat panjang.

setelah rehat panjang, aku nak mula menulis semula. seminggu dua yang penuh dengan kesibukan dan cerita cerita sendiri.

jadi, aku mulakan dengan satu titik dan perkataan bermula semula.

.

bermula semula!