Monday, June 29, 2009

iklan kerja: kerja di kebun

satu daripada ruang2 iklan yang selalu masuk ke inbox email aku. dan pagi ini, ada tawaran kerja baru. memandangkan aku sudah punya kerja, aku cuma letakkan di sini kalau kalau ada yang berminat.

huhuhu....

Message Board:
Topic: Kerja di kebun
Body: kerja mudah sahaja. menjaga,memberi makan, mengambil makanan untuk ternakan Babi dan menjaga kebun.

tempat tinggal di sediakan, mesti menpunyai lesen kelas 'D'. gaji RM 350.00 sebulan.

berminat sila hubungi di talian 0198820993/086 - 311571.

URL: http://www.pliner.net/appmb2/100c40/227520/1/

wahahahahaha...kamu mahu?

Thursday, June 25, 2009

mesyuarat.

aku jadi pengerusi mesyuarat pagi ni. dua dua bos besar takde. pastu, 30 minit je. hahaha. cemerlang!

Wednesday, June 24, 2009

apan demam.

onim dah cerita pasal onim diberi suntikan imunisasi semalam. sebab masuk 3 bulan, kene cucuk ubat. bagi badan tu kuat.

dan selepas dicucuk, doktor bagi ubat demam. katanya, kalau demam, makan la.

dan apan memang betul2 demam. malam tadi.

susah nak tidur dengan badan panas. dan tambah susah bila apan tak mahu aku yang eram dia. die nak mummy jugak. hasilnya, aku dan onim sama2 takleh tido. apan ragam2 kejap. pastu lelap. cuba masuk buai. terjaga. dan ragam lagi. pastu lelap. cuba letak atas katil. terjaga. ragam lagi. dan agak lama apan meragam. selepas dah lama jugak la dia jadi sangat baik dengan selalu tidur lena di waktu malam sekarang ni.

tapi tadi, onim dah pergi tengok apan di rumah pengasuh. katanya apan dah makin ok. senyum ketawa pun dah ok. kalau tak, die cuma senyum sikit je dari petang semalam.

oh! aku bercerita lagi pasal apan dalam blog ni.

ceh! apsal? takleh ke?

perubahan:

ada kesilapan dalam cerita di atas. jangan bimbang. yang dicucuk adalah apan. suntikan imunisasi untuk bayi. sepanjang setahun awal kelahiran. bukan untuk mummy ya! sori. terima kasih cik zura yang menegur. (sungguh bersopan gayanya bila bercakap dengan bakal ahli keluarga. huhuhu...)

Monday, June 22, 2009

untuk mior shahidin: selamat hari ayah (semalam)

semalam aku teringat.
hari ayah.
dan untuk hari ayah.
aku teringat.
tiap kali ayah gulung surat kabar.
tiap kali ayah amik rotan.
tiap kali ayah amik hanger.
tiap kali ayah kunci pagar.
tiap kali ayah jegilkan mata.
tiap kali ayah bersuara (yang tinggi sikit)
dan itu yang aku teringat.

semalam aku teringat.
hari ayah.
dan untuk hari ayah.
aku teringat.
ayah bawak aku pergi makan dekat kedai ujung depan masjid taman keledang.
ayah pun berebut main video game di rumah.
ayah bawak pergi masjid semayang terawikh.
dan itu yang aku teringat.

(pasal ape teringat yang marah marah lagi banyak dari yang tak marah marah)

haha.

tapi, untuk hari ayah.
kamu tetap ayah cek.
untuk itu.
selamat hari ayah.
terima kasih.

untuk mior muhammad affan: selamat datang ke dunia tanpa sempadan

menulis sudah jadi sukar bila berhenti. sama juga dengan bila kita berlari. sekali berlari. bila kamu berhenti. cukup susah untuk mulakan momentum itu semula.

tulisan-tulisan sudah jadi satu nada yang sama. cerita yang hanya berlegar legar dalam ruang yang sama. bukan. bukan aku tak suka bercerita tentang keluarga aku sendiri. onim yang amat dicintai. dan affan yang kini jadi pesaing kepada sang isteri. tapi, sepertinya ruang lingkup pemikiran aku seperti tidak mahu berfikir lebih luas. lebih jauh. seperti sudah banyak benda yang jadi tajuk-tajuk kecil yang tidak penting. sepertinya, onim dan affan itu adalah tajuk utama untuk setiap perkara.

susah. bukan. bukan aku maksudkan susah itu pada sang keluarga yang paling aku sayang. tapi, susah itu pada diri sendiri yang seperti tak mahu melihat benda-benda lain.

kalau dulu, kalau aku ke tempat kerja, aku akan perhatikan awan. motor. kereta. orang lalu lalang. basikal. sesaknya jalan raya. hujan. bangkai di tepi jalan. kelajuan. tol. panas lembapnya cuaca. dan semua benda. tapi, sekarang. lain.

aku tuliskan apa yang aku suka. dan apa yang aku suka adalah onim dan affan sekarang ini. dan sebab itu entri yang lepas lepas sebelum ini banyaknya adalah onim dan affan.

dan untuk memberikan aku sedikit ruang. ruang untuk diri sendiri. untuk keluarga. aku rasa, aku perlu wujudkan yang baru untuk sang isteri dan budak yang baru mahu pandai ketawa itu.

tidak. jangan salah faham wahai isteri. ini bukan bermaksud aku mengasingkan kamu dan affan. tapi aku fikir, di situ, aku letakkan seluruh jiwa raga untuk keluarga kecil ini. dan di sini, biarkan aku dengan dunia gila sendiri.

selamat datang untuk Affan

Tuesday, June 9, 2009

minggu yang sibuk.

sekian.

Thursday, June 4, 2009

hmmm...kempis

bulan jun.

ayah saya lahir pada 12 jun.

onim lahir pada 17 jun.

makanya, pegheh weh.

Wednesday, June 3, 2009

tot tot tuo

apan sakit perut kot.

asyik nangis 2 hari. apan ngan onim kat sungai petani. jadi, aku tak tau keadaan semasa. harap semua ok.

kalau ikut stail mak, kene hembus2 sikit. tapi, dah aku jauh sangat, hembus pun, sat gi angin tu bertiup ke selatan, sampai ke johor je hembusan aku tu. huh!

++++++++++++++++

tot tot tuo

nanjero tati loro

manjopo roto roto.

sekali lagi.

tot tot tuo

nanjero tati loro

monjopo roto roto.