Monday, July 27, 2009

dah lama aku tak update. makanya, aku cuba rangkumkan semua yang aku rasa aku nak tulis.

dah berapa lama aku tak menulis dekat sini. sibuk dengan kehidupan bersama budak kecik yang semakin bertambah besar. apan dah 6.9 kilo. timbang masa hari pergi cucuk di klinik jumaat lepas. dah makin sihat dan semakin suka tersenyum. dah mula belajar memegang bende. wo! terlalu banyak yang apan dah pandai sekarang.

kalau dulu, apan cuma tahu, makan. tido. berak. kencing. menangis.

sekarang. makan. tido. berak. kencing. menangis. senyum. keluarkan suara gaya bercerita. menggenggam bende. angkat kepala. nak duduk. cuba nak berpusing.

dan beberapa aktiviti lagi yang aku sendiri pasti.

best ada baby? sangat best. sangat menggembirakan. paling suka bila die senyum waktu kamu tengah penat. wo! terbaek.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

ada beberapa kawan yang baru terima anak. aku ucapkan congrats. dan bersabar dengan kerenah manusia yang baru kenal dunia tu. sedikit masa lagi, budak budak kecil ni akan gembirakan korang pulak dengan karenah dierang.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

semua cerita pasal yasmin ahmad. so, aku pun nak tulis sikit.

pertama kali aku tau pasal yasmin ahmad adalah melalui cerita rabun. aku tertengok cerita tu. itupun dah nak hujung2. dan aku sangat tertarik. idea yang kreatif. simple. bersahaja. dan sejak setahun dua ni, memang iklan dia waktu raya adalah yang terbaik. dan untuk dia, aku doakan semoga rohnya bersama golongan yang diredhai.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

sibuk kerja. sibuk buat macam macam. sedar tak sedar. dah nak dekat puasa. tahun ni berpuasa di negeri sembilan. tahun lepas di serdang. pergi keje dengan moto. balik singgah bazar ramadhan dekat serdang. bukak puasa solo di rumah.

tahun ni lain sikit la. ada onim dan apan yang puasa bersama. apan tak puasa la. so, makan bukak puasa tahun ni pun lain sikit la. ada la harapan makan sedap lebih sikit. dan boleh jugak aku tengok apa yang lainnya di bazar negeri sembilan. wo! ni pasal puasa ke, pasal makan?

ces! dan tahun ni, boleh la berusaha untuk terawikh penuh. tahun lepas, gagal. tahun ni, kene la lebih konpiden.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

seminggu ni akan sibuk lagi. jadinya. aku akan sibuk lagi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

dah lama tak cuti-cuti malaysia. itu hari pegi PD pun kejap je. weekend aritu pegi KL pun bukan gi mana pun. ujung tahun mak ayah ajak gi bandung. tapi, dah tak jadi cuti-cuti malaysia.

yop pun gi genting itu hari.

takleh jadi. kene plan satu tarikh. mau jalan sama onim dan apan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Thursday, July 9, 2009

senaman 2

untuk jumping jack, 30 kali.

untuk star jump, 30 kali.

untuk pumping, 20 kali.

dan itu menyebabkan seluruh badan aku sengal sengal selama 4 hari. dan masih belum hilang sehingga sekarang.

sungguh mengharukan. kalau dulu aku boleh lari pusing padang bola 20 kali tanpa masalah. sekarang ni aku rasa, kalau dah 3 4 pusingan pun, mesti kaki dah lemah.

wo! sistem badan aku perlu di format semula.

Wednesday, July 8, 2009

sekadar nak pastikan ada yang tertulis.

affan makin sihat. sangat comel.

dipersilakan kepada sesiapa yang berminat untuk melihat apan, boleh datang ke rumah.

++++++++++++

puasa start bulan depan. sebagaimana biasa, weekend awal puasa, satu famili akan berkumpul di ipoh. apan boleh jumpa opah yang dah rindu ngan apan.

++++++++++++

serius. otak beku. sebab tu tulis blog pun setakat cukup makan aje.

++++++++++++

Friday, July 3, 2009

pengalaman menjaga apan secara solo.

dah dua malam menjaga apan sebelum onim balik kerja.

malam pertama:

masuk waktu maghrib, aku cepat cepat semayang. lebih kurang 735 camtu dah abis semayang. dok main dengan apan jap. waktu tu, apan seronok main main lagi. dalam 745 ke 750 camtu, die dah start rengek sket2. aku cepat2 buat susu dan bagi apan minum.

60ml. burp. tak cukup.

60ml lagi. burp lagi. tapi tak cukup lagi.

40ml tambahan. tak burp. aku ingat ok je.

letak apan baring atas katil. muak sekejap. wo!

bersih2 kan apan. dan cuba menidurkan apan.

tapi apan tak henti menangis.

pukul 8 malam. apan nangis.

nangis.

nangis.

aku usung ke depan.
ke belakang.
ke dapur.
ke bilik.

nangis.

nangis.

wo! dah tau dah. dia nak nenen. abis camne?

nangis.

nangis.

penat.

pukul 822, tertido.

wo! kesian apan. penat menangis sampai tertidur.

sekianlah cerita aku menjaga apan pada malam pertama onim bekerja.

lebih kurang 9 lebih sikit, onim balik.

hehehe...apan dah tidur!

malam kedua:

amik apan dari rumah nenek pukul 715. dah nak dekat maghrib. risau jugak. tapi takpelah. nak buat camne. aku pun keje. terpaksa balik lambat. onim pulak dah pegi spital.

bawak apan balik umah. sebelum masuk umah sempat baca ayat kursi sket. baca doa sket. ye la, bende2 spiritual ni kene la buat jugak. masuk umah, apan hepi je.

main ngan apan. aku belum mandi. letak apan atas katil. die seronok je main. lebih kurang nak dekat pukul 8, aku siap2 buat susu. takut dia nangis macam malam sebelum tu. 100ml sekali gus.

habis dan burp dengan selesa. tak mintak susu lagi. ok! gud!

main lagi. apan tak mau tido. aku pun macam dah penat sket. tapi, takkan aku pulak nak tido. so, layan apan. berharap dia letih dan tertidur dengan mudah.

rupanya, apan bukan calang-calang manusia. tak mudah tertewas. pukul 845, dah start rengek2. aku dah boleh agak, ni mesti nak nenen lagi. adoi! takkan nak sua nenen aku kat apan.

dukung apan. bawak keliling.

tapi malam ni nangis tahap kuat tak ingat.

nangis.

nangis.

aku dah mati akal. apa nak buat.

nangis.

nangis.

terpikir nak beli breast tiruan. (ade jual ke?)

nangis.

lama gila apan nangis. tapi tak letih2.

pastu aku teringat pacifier. bubuh sket madu. sua kat mulut apan.

dan dia isap. dan tidur.

wo! penemuan baru?

tak lah. aku rasa memang sebab dia dah letih. cuma ada bantuan sket dari madu tu. ntah pukul berapa baru die tertidur, aku pun tak sure. sian apan.

malam ketiga:

hehehe...malam ni aku ngan onim ngan apan nak gi kluang. esok ada kursus. takde la aku sorang2 ngan apan lagi.

Wednesday, July 1, 2009

ini entri untuk memastikan bulan ini punya entri lebih tinggi dari yang bulan lepas

tulisan pada bulan jun hanya 8. tak guna. di luar kemampuan.

onim mula kerja

wo ho!

dan jadual onim untuk seminggu ni. pagi kuar umah pukul 6 setengah. balik pukul 5 petang. pegi spital balik pukul 6 setengah. balik lebih kurang pukul 9. bergantung kepada berapa lama onim round ward.

makanya. aku akan menyediakan apan untuk dihantar ke rumah nenek pada setiap pagi. dan terima kasih kepada apan sebab pagi tadi apan sangat baik. bangun pukul 6 setengah dan bermain dengan riang sehingga aku hantar dia ke rumah nenek.

dan untuk petang ini sehingga ke malam, aku akan berdepan dengan tugas baru. wo ho! aku cuba membayangkan keadaan selepas pukul 6 setengah petang ini.

apan tidur. terbangun. mencari nenen. oh! nenen sape nak disuakan? nightmare sungguh!

itu bayangan mimpi ngeri.

atau aku mengaharpkan begini.

onim tidurkan apan sebelum ke hospital semula. apan tidur. sehingga onim balik. yea! tugasan dilakukan dengan cemerlang!